Video: Lihat 2 Gol Harry Kane Hukum Kealpaan Benteng Pertahanan Liverpool

2 gol daripada pemain terbaik perlawanan, Harry Kane menghukum Liverpool selepas Tottenham Hotspur mudah menewaskan mereka untuk menyamakan mata dengan Manchester United di tempat kedua Premier League 2017/2018 ketika ini.

Seawal minit ke-4 lagi, Simon Mignolet sudah ditewaskan apabila hantaran lambung Kieran Trippier melepasi jangkauan kepala Dejan Loveren untuk disudahkan dengan baik oleh Harry Kane.

8 minit kemudian, Spurs menggandakan pendahuluan mereka apabila Lovren sekali lagi gagal memintas bola lontaran jauh Hugo Lloris – sekaligus memberi peluang kepada Kane untuk membuat hantaran cantik yang menemui kaki Son Heung-Min.

Liverpool bagaimanapun mendapat gol semangat apabila hantaran cantik Jordan Henderson menemui laluan larian Mohamed Salah yang menyudahkan dengan bantuan lantunan tiang kanan gol Spurs.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp cuba memberi respons dengan mengeluarkan Lovren dan memasukkan Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-31.

Bagaimanapun ia tak dapat menghalang Spurs untuk menambah gol ke-3 sebelum rehat separuh masa apabila Dele Alli melepaskan voli kencang dari jarak 18 ela.

Kane melengkapkan malam gemilang Spurs di Stadium Wembley apabila memanfaatkan situasi kelam-kabut di kotak penalti Liverpool hasil rembatan Jan Vertonghen dan kegagalan Mignolet mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Peluang terbaik Liverpool untuk menambah jaringan hadir tidak lama selepas itu apabila Philippe Coutinho melepaskan rembatan trademark beliau dari luar kotak penalti. Bagaiamanapun, Hugo Lloris cemerlang menepis percubaan tersebut dengan tangan kirinya.

Dengan kekalahan ini, Liverpool jatuh ke tangga ke-9 liga, 12 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City. Spurs pula akan berentap dengan Manchester United di Old Trafford pada Sabtu depan.

SpursLiv from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN