Quantcast

BERITA

VIDEO: Ledakan Lewat Permainan Christian Eriksen Cerahkan Peluang Tottenham Ke UCL 2019/20

Tottenham Hotspur semakin mencerahkan peluang ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20 selepas berjaya menumpaskan Brighton & Hove Albion di Tottenham Stadium, awal pagi tadi.

Tiga mata penuh itu bagaimanapun hadir pada minit-minit akhir permainan apabila pasukan lawan kental bertahan sehingga minit ke-87.

Serangan demi serangan yang dilancarkan skuad bimbingan Mauricio Pochettino tersebut seringkali berjaya dinafikan akibat kekentalan jentera pertahanan dan penjaga gol, Matthew Ryan.

LONDON, ENGLAND – APRIL 23: Lewis Dunk of Brighton and Hove Albion and Vincent Janssen of Tottenham Hotspur battle during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Brighton & Hove Albion at Tottenham Hotspur Stadium on April 23, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Tottenham yang tidak berputus asa memburu jaringan akhirnya menceriakan penyokong setia mereka pada minit ke-88 menerusi Christian Eriksen.

Pemain tengah skuad kebangsaan Denmark itu meledakkan rembatan padu dari luar kawasan penalti sekaligus menewaskan Ryan yang begitu cemerlang sebelum itu.

Jaringan tunggal tersebut kekal hingga tamat permainan bagi menghadiahkan kemenangan ke-23 buat Spurs bagi menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 70 mata.

Tiga mata di hadapan Chelsea yang sekadar seri 2-2 menentang Burnley, awal pagi semalam.