Video: Latihan Taktikal Manchester City Berjaya Dilakukan Dalam Perlawanan Sebenar

Leroy Sane menjaringkan 1 gol ketika menentang Burnley pada minggu lalu. Beliau memiliki beberapa deretan peluang yang lain.

Tetapi fokus kami kali ini kepada gol beliau yang sebenarnya memang mirip kepada apa yang dirancang oleh mereka ketika di pusat latihan.

Ramai yang melihat ia hanyalah gol rutin oleh Manchester City, tetapi sebenarnya, untuk mencipta gol seperti itu ia memerlukan kefahaman taktikal yang jelas,

Cara membuka dan mengisi ruang, jarak di antara pemain dan masa yang sesuai untuk melepaskan hantaran serta percubaan gol diambil kira.

Mereka menipulasi half-space dan kedudukan bek kanan lawan dengan pertukaran hantaran dan larian di ruang terlindung (blind space). Seperti yang kita semua tahu, Pep Guardiola mengutamakan gerakan di half-space.

Satu rakaman menunjukkan mereka berlatih dengan beberapa pemain yang berbeza untuk memecahkan zon tersebut. Jom saksikan di sini:

Rumusannya, apa yang boleh kita pelajari adalah, pemain tahu dan faham kehendak taktikal. Seterusnya adalah keupayaan teknikal seperti hantaran yang tepat dengan kekuatan dan arah yang betul.

Itu yang sering disebut oleh pengulas, “Oh, itu adalah jaringan di pusat latihan”. Ia merujuk kepada satu jaringan yang cantik dengan kombinasi permainan yang lancar.

Jadi, tiada lagi alasan untuk tidak melakukan lebih banyak latihan taktikal di dalam padang latihan berbanding dengan hanya latihan fizikal dan latihan percubaan gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN