VIDEO: Lamine Yamal Tak Sengaja Tayang ‘Aib’ Senior Di Bilik Persalinan

Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal secara tidak sengaja telah pun mencipta kontroversi menerusi satu perkongsian video siaran langsung di Instagram beberapa jam lalu sehingga menjadi bualan ramai.

Menerusi perkongsian sedikit rakaman video siaran langsung Yamal di Twitter, pemain tersebut berada di bilik persalinan bersama rakan sepasukan selepas mengharungi aksi final Euro 2024 bertemu England.

Teruja dengan kejuaraan tersebut, Yamal telah pun mencipta siaran langsung di Instagram serta merakam keadaan sekeliling bilik tersebut bersama rasa gembira sehingga secara tidak sengaja menampakkan aib salah seorang rakan senior yang sedang berbogel untuk menyalin pakaian.

Walaupun hanya sepintas langsung, ianya telah pun mendapat perhatian ramai di media sosial sehingga pelbagai komen lucu serta teguran diberikan buat Yamal supaya berpada-pada ketika meraikannya.

Walaupun begitu, ada juga sesetengah netizen faham akan perasaan anak muda yang ketika ini masih di alam persekolahan sedang merasai suatu rasa gembira dan tidak semua remaja sepertinya melalui momen tersebut dalam hidup.

Yamal boleh dianggap satu nama cukup terkenal kini dalam dunia bola sepak di Eropah selepas kejayaannya untuk membantu Sepanyol menjuarai kejohanan Euro bagi edisi 2024.

Pada usia masih muda, Yamal jelas tidak menghadapi isu kegugupan atau kekok sepanjang menjadi tunjang utama buat pasukan tersebut bersama barisan pemain senior lain.

Lebih menarik, bintang muda Barcelona itu turut mencipta satu bantuan jaringan yang berharga di pentas akhir untuk memastikan namanya terus menjadi sebutan ramai.

Kejayaan menewaskan England menerusi keputusan 2-1 juga melonjakkan nama Yamal selaku Bintang Muda Terbaik untuk saingan Euro bagi edisi 2024 menerusi konsistensinya.

Secara keseluruhan, Yamal telah pun beraksi sebanyak tujuh perlawanan bersama satu jaringan serta empat bantuan gol buat Sepanyol bersama aksi cukup berkualiti tinggi.

Melihat kepada statistik ini, sudah tentu ramai pemerhati bola sepak di seluruh dunia akan memberi tumpuan penuh buat bintang muda ini pada masa hadapan.

Karier beliau yang sedang meningkat pada usia masih muda perlu dijaga dengan baik termasuk isu disiplin kerana Yamal mempunyai masa depan cerah untuk bersinar lebih jauh dalam dunia bola sepak profesional.

Apapun, saingan Euro 2024 kali ini benar-benar membawa sebuah elemen cukup menarik untuk diperkatakan, terutama sekali apabila ia membabitkan bintang-bintang muda di setiap negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN