VIDEO: Kevin Ramalingam Jawab Persoalan Status Sumareh

CEO Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) – Kevin Ramalingam mengadakan sesi video khas untuk menjawab persoalan tentang status Mohamadou Sumareh.

Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) mendesak agar status pemain tempatan pada Sumareh disahkan oleh MFL. Ini bagi membolehkan pasukan itu dalam usaha menyusun atur kuota pemain import dalam pasukan mereka.

Sumareh adalah warganegara Malaysia selepas mendapat taraf kerakyatan. Beliau juga sudah beraksi dalam perlawanan kompetitif untuk Malaysia – ketika Piala AFF 2018.

Mohamadou Sumareh. FOTO: FAM

Namun status Sumareh sebagai pemain tempatan masih tergantung. CEO MFL iaitu Kevin Ramalingam menyatakan pihak beliau dalam proses penelitian isu itu selepas menerima rayuan daripada Pahang pada bulan lalu.

Beliau juga menjelaskan Sumareh sepatutnya boleh didaftarkan selepaskan Mac 2019 – setahun daripada tarikh permohonan oleh Pahang sebelum ini. MFL juga menyatakan mereka mahu mengambil keputusan berdasarkan pertimbangan tertentu agar adil untuk semua pihak.

“Kita sedang cuba yang terbaik agar adil untuk semua pihak selepas kita memberikan pelepasan diberikan oleh Lembaga Pengarah kepada Sumareh dalam menurunkan [mengurangkan] cooling off period daripada 5 tahun kepada 1 tahun.”

“Jadi, rayuan itu sedang diteliti oleh pegawai piawaian MFL yang sentiasa berhubung dengan Lembaga Pengarah.”

“Kita akan dapat maklumbalas daripada pegawai piawaian selepas proses-proses yang betul dibuat untuk mendapat keputusan secara ‘circular’. ”

Kevin menjelaskan buat masa ini ada kekangan untuk mengadakan mesyuarat dengan Lembaga Pengarah. Dan beliau memberitahu proses tersebut ada perundangannya tersendiri dan akan diluluskan pegawai piawaian ataupun pematuhan.

MFL akan membuat pengumuman sebaik sahaja sudah membuat keputusan kelak. Beliau juga menyatakan Pahang tidak perlu panik untuk status Sumareh.

Ini kerana pendaftaran pertama hanyalah untuk 20 pemain. Sementara itu, tempoh jendela perpindahan pra musim masih panjang. Jadi beliau tidak nampak ada kesulitan kepada Pahang dalam isu Sumareh buat masa ini.

“Peraturan yang dikeluarkan oleh FIFA yang membolehkan seorang pemain yang berada di dalam negara 5 tahun berturut-turut – dan jika pemain itu mendapat kerakyatan dibenarkan untuk mewakili negara.”

“Itu peraturan FIFA di pertandingan antarabangsa, dan tidak semestinya liga tempatan ataupun industri tempatan mengambil langkah yang sama. Setiap negara berbeza, dengan daya saing pemain tempatan berbanding antarabangsa dan sebagainya.”

Berikut adalah video penuh penjelasan Kevin Ramalingam.

Sebelum atau pada 16 Januari, itu jangkaan diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam mengenai peluang Mohamadou Sumareh didaftar sebagai pemain tempatan sebelum sepak mula Liga-M 2019.”

“Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) telah menghantar rayuan pada 19 Disember dan perkara itu perlu mengikut prosedur persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN