Keganasan penyokong dicetuskan oleh penyokong Sriwijaya FC yang mengamuk selepas pasukan Sriwijaya FC tewas 0-3 di tangan Arema.
Mereka bertindak ganas dengan membaling kerusi dan memaki hamun dengan kata-kata kesat di Stadion Jakabaring pada aksi semalam.
Penyokong kecewa selepas tewas 2 perlawanan berturut-turut dengan jaringan 3-0. Penyokong mereka sebelum ini sudah beberapa kali menyerang dan mengutuk pengurusan mereka di media sosial dan mendesak pengurusan melakukan perubahan.
Mereka menaikkan banner:
“”Instal Ulang (reinstall) Manajemen” dan “Kick Politic Out Of Football”.
Namun masalahnya, mereka telah membaling kerusi ke arah petugas keselamatan yang cuba menteteramkan keadaan.
Stadium tersebut adalah stadium yang bakal menjadi salah satu venue bola sepak untuk Sukan Asia yang tinggal kurang sebulan lagi.
Pengurusan Stadion Jakabaring ternyata kecewa dengan kelakukan penyokong yang melakukan vandalisme. Pegawai Jakabaring Sport City, Rusli Nawi berkata:
“Sejumlah 335 kerusi rosak, 231 di tribune utara dan 104 di tribune selatan.”
“Kerusi ini tidak ada dijual di Indonesia dan kami membelinya dari luar negara. Kami memang risau kalau kerusi ini dirosakkan kerana sangat sukar membeli yang baru.”
“Ia akan memakan proses yang sangat lama dengan Sukan Asia tinggal beberapa hari lagi.”
Pihak pengurusan membuat laporan polis dan meminta dalang kerosakan dihadapkan ke muka pengadilan.
“Ini adalah jenayah yang merosakkan fasiliti negara, esok (hari ini) kami akan ke balai polis buat laporan.”
Walaupun geram macamana sekalipun dengan pengurusan, vandalisme seharusnya tidak dilakukan.