Quantcast

BERITA

Video: Kerana Memberikan Gol ‘Screamer’ Ini Kepada Kane, Twitter Gateshead FC Jadi Sensasi

Semua orang tahu media sosial ada kepentingan tersendiri dalam operasi kelab. Dari segi publisiti, pastinya seorang penaja sesebuah produk akan mengharapkan media sosial sesebuah kelab memiliki pengikut yang ramai.

Untuk kelab yang kecil, amat sukar untuk menarik ‘engagement’ pengguna media sosial.

Namun semalam, sebuah kelab England, Gateshead FC telah menjadi sensasi di twitter hanya kerana tweet mereka yang mendedikasikan gol mereka ke atas Tramere kepada Harry Kane.

Keputusan EPL memberikan gol kepada Kane telah mendapat reaksi ramai pihak.

Anda pasti tersenyum dengan tweet Shearer yang dalam diam mengira jumlah gol yang beliau boleh tuntut.

Ini pula gurauan daripada Alex Morgan

Reaksi Jamie Vardy sebaik sahaja EPL umumkan gol Kane:

Lineker ‘menghadiahkan’ gol Mandzukic kepada Harry kane:

Kane dari awal mempertahankan gol itu.

Beliau dengan tenang menjawab sindiran beberapa legenda.

Gateshead FC telah memuat naik status ini yang menjadi sensasi di twitter sebaik sahaja EPL mengumumkan gol Eriksen diberikan kepada Harry Kane:

Murah juga hati Gateshead yang sempat bersedekah gol walaupun tewas 4-2 di tangan Tramere dan hanya mahukan 1 gol sahaja milik pemain mereka.

Ianya telah mendapat lebih 11,000 tweet semula. Sudah pastinya ia menaikkan publisiti akaun twitter Gateshead dalam satu malam. Sebelum ini banyak hantaran (post) mereka hanya ditweet semula sekitar 3-7 retweet.

Ini adalah gol dari Scott Barrow yang ‘dihadiahkan’ kepada Harry Kane. Cantik betul gol ini.

Walaupun ia berbentuk ‘banter’ tetapi apa yang dilakukan Gateshead sudah pastinya memberikan kesan kepada publisiti pasukan mereka dengan menumpang populariti Harry Kane.

Harry Kane kini sudah meledak 25 gol dalam EPL dan sedang bersaing untuk kasut emas musim 2017/18. Hanya Mohamed Salah yang menjaringkan lebih banyak gol daripada beliau ketika ini.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!