Video: Kejutan Harimau Malaya Untuk Adik Omar

Sebelum ini tular video adik Omar yang meraikan gol kemenangan Mohamadou Sumareh dengan penuh semangat sehingga menitiskan air mata.

Omar Bin Saiful Razman merupakan anak kepada pelakon berbakat besar, Nadia Nissa, telah menyentuh hati ramai peminat bola sepak Malaysia.

Omar meraikan gol kemenangan skuad Harimau Malaya ketika menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi sulung Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis lalu.

Rentetan itu, kejutan yang diatur hari ini telah menemukan Omar dengan Sumareh dan turut disertai oleh kapten Harimau Malaya, Farizal Marlias, Shahrul Saad dan Syafiq Ahmad.

Selain menerima tiket menyaksikan perlawanan menentang UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Omar turut mendapat sehelai jersi Harimau Malaya pemberian khas daripada Sumareh yang turut ditandatangani oleh beliau.

Sumareh: Terima kasih Omar

Sumareh mengucapkan terima kasih kepada adik Omar, dan Sumareh menyatakan beliau ada melihat video peminat cilik itu.

“Terima kasih, saya sudah melihat video tersebut, saya sangat gembira, terima kasih banyak-banyak.”

“Saya pun peminat tegar kamu juga, begitu juga dengan semua rakan-rakan saya yang lain.”

Sumareh kemudian bertanyakan, adakah Omar bermain bola sepak. Adik Omar menjawab: “Ya, sebagai pertahanan.”

Omar yang dalam keadaan gementar, telah memberikan kata-kata semangat kepada Sumareh dan rakan-rakannya dalam aksi menentang UAE.

Saksikan video khas di sini:

Kami berkongsi rasa gembira dengan adik Omar, penyokong yang penuh dengan kecintaan dan semangat untuk Harimau Malaya.

Satu usaha yang murni juga daripada FAM dalam menghargai penyokong, untuk membuktikan bahawa, pemain dan penyokong itu berpisah tiada.

Selamat maju jaya kepada Harimau Malaya dan adik Omar. Semoga suatu hari nanti boleh menjadi pemain negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN