VIDEO: Kecanggihan Akademi Mohammed IV Di Maghribi Yang Membuahkan Hasil Di Piala Dunia 2022

akademi maghribi

Satu demi satu teori dizahirkan bagi merungkai kejayaan Maghribi yang muncul pasukan pertama dari benua Afrika yang mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Piala Dunia.

Antara yang dibangkitkan adalah projek naturalisasi pemain-pemain warisan di luar negara. Begitu juga dengan pelbagai usaha lain daripada pelbagai pihak di Maghribi untuk mencapai tahap yang dimiliki ketika ini.

Berdasarkan bebebang ciapan EuroFoot di Twiter, kejayaan bersejarah Maghribi di Qatar bukanlah satu kebetulan.

Mengimbau kembali pada tahun 2007, Raja Maghribi, Sultan Mohammed IV telah mengeluarkan belanja sebanyak £12 juta (RM65 juta) dari poketnya sendiri bagi membentuk kembali bola sepak di negara tersebut.

Ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk menangani isu fasiliti yang daif dan seterusnya menghasilkan pemain-pemain bola sepak generasi baharu. Ia susulan kegagalan Maghribi untuk layak ke dua edisi Piala Dunia (2002 dan 2006).

Maka terbinalah sebuah komplek akademi elit yang dinamakan Akademi Bola Sepak Mohammed IV bagi menjayakan program pembangunan bola sepak untuk menggilap bakat dan kemahiran pemain sebagai pendedahkan kepada bola sepak profesional.

Apa yang mencuri perhatian adalah kecanggihan akademi tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan berteknologi tinggi.

Ia termasuk lapan buah padang berpiawaian FIFA, sebuah padang tertutup, gimnasium, bilik rawatan, pusat fisioterapi dan rehabilitasi, kolam renang dan penginapan.

Tiga daripada 26 anggota skuad Maghribi di Piala Dunia 2022 ini merupakan graduan daripada akademi elit tersebut iaitu En-Nasyri, Azzedine Ounahi dan Nayef Aguerd yang masing-masing berkelana di Eropah mewakili Sevilla, Angers dan West Ham United.

Akademi tersebut sebenarnya telah pun menghasilkan bunga-bunga kejayaan apabila Maghribi layak ke Piala Dunia 2018 yang lalu yang menyaksikan mereka tersingkir di peringkat kumpulan.

Usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Kejayaan Magribi ini tentunya akan membuka mata negara-negara lain khususnya di Afrika bahawa perancangan yang susu dan rapi bakal menghasilkan impak yang diharapkan.

Malaysia juga telah pun mempunyai akademi elit apabila tertubuhhnya Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang.

Semoga tidak lama lagi Malaysia turut akan merasai kemanisan yang sama apabila setiap perancangan pembangunan bola sepak di negara ini diuruskan dengan sebaiknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN