Unai Emery menunjukkan sedikit daripada sisi beliau yang mirip kepada Arsene Wenger, apabila menjawab pangilan di salah sebuah telefon milik wartawan ketika sidang media berlangsung.
Emery sedang berbicara mengenai persiapan pasukannya menentang Cardiff City apabila salah sebuah telefon bimbit milik wartawan yang berada di hadapannya tiba-tiba berdering.
Telefon tersebut digunakan untuk merakam sesi sidang media tersebut, sebelum rakan salah kepada wartawan tersebut membuat panggilan.
Seperti sedikit terganggu dengan deringan tersebut, Emery berhenti dan bertanya sama ada beliau boleh membantu untuk menjawab panggilan tersebut.
“Saya tidak tahu siapa ini. Saya akan menjawab panggilan ini. John Spencer [nama terpapar pada telefon]. Boleh saya jawab panggilan ini?” Tanya pengurus tersebut.
Selepas ramai wartawan yang hadir mengatakan ‘ya’, Emery menjawab panggilan tersebut.
“Ok selamat pagi. Hi, saya adalah Unai Emery,” ujar beliau.
“Apa khabar? Kami sedang bekerja,” tambah beliau lagi.
Encik Spencer yang berada di talian kemudiannya pantas mematikan panggilan, dan mungkin tidak sedar beliau sedang bercakap dengan pengurus Arsenal itu.
Dua tahun lalu, perkara yang sama pernah dilakukan oleh Wenger. Namun Wenger hanya sekadar berpura-pura melakukannya walaupun dibenarkan oleh majoriti wartawan yang hadir.
Saksikan karenah Emery menjawab panggilan telefon wartawan tersebut.