[VIDEO]: Jurulatih Kelab Brazil Ini Dipecat Serta Merta Angkara ‘Headbutt’ Penjaga Garisan Wanita

Headbutt Brazil

Seorang jurulatih kelab bola sepak di Brazil telah dipecat serta merta kerana bertindak ganas dengan menanduk penjaga garisan wanita dalam satu perlawanan di negara Amerika Selatan tersebut.

Insiden tersebut berlaku ketika aksi di antara Desportio Ferroviaria dan Nova Venecia dalam saingan liga divisyen 5 Brazil.

Selepas wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, pengurus Desportio Ferroviaria, Rafael Soriano telah meluru masuk ke dalam padang untuk menyatakan protes kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Selepas menyatakan protesnya, Soriano telah dilayangkan kad kuning. Berang dengan keputusan tersebut, dia dilihat semakin agresif dan penjaga garisan wanita, Marcielly Netto cuba untuk menenangkan keadaan.

Tetapi jurulatih berusia 36 tahun itu telah bertindak ganas dengan menanduk muka penjaga garisan berkenaan, lalu terus dilayankan kad merah serta merta.

Soriano dilihat cuba untuk berdepan dengan Netto buat kali kedua, tetapi telah dihalau keluar dari padang oleh pasukan keselamatan.

Tindakan tidak beretika itu lantas mendapat perhatian pasukan berkenaan Desportiva Ferroviaria yang mengeluarkan kenyataan rasminya.

“Desportiva Ferroviaria dengan ini mengumukan bahawa kami menolak sebarang bentuk keganasan dama ada fizikal, lisan, moral atau emosi, apatah lagi terhadap wanita dan kami bersimpatai dengan pembantu pengadil Marcielly Netto dan kami akan bertindak mengikut keperluan,” ujar kenyataan tersebut.

“Kami juga ingin memaklumkan kepada semua, berdasarkan apa yang telah berlaku, jurulatih Rafael Soriano telah pun disingkirkan dari kelab ini.”

Kelab tersebut juga memaklumkan pihaknya telah cuba untuk menghubungi Netto bagi menyatakan permohonan maaf dan bersedia untuk memberikan sebarang bantuan dan sokongan, namun setakat ini panggilan tidak dijawab.

“Kami memahami perasaannya dan menghormati ruang untuk mangsa [Netto] dan kami akan menunggu respon darinya. Kami bersungguh-sungguh menyatakan komitmen kami untuk membantu apa sahaja yang diperlukan.

“Pihak kami juga menawarkan bantuan psikologis profesional dan berusaha untuk menentang apa sahaja bentuk keganasan terhadap wanita sama ada di dalam mahupun di luar stadium.”

Keganasan bola sepak di Brazil bukanlah perkara yang asing. Pada awal musim ini, pemain Sao Paulo RS, William Ribiero telah ditahan kerana menyepak kepala pengadil kerana tidak berpuas hati dengan keputusan memberikan sepakan percuma kepada pasukan lawan.

Pengadil berkenan, Rodrigo Crivellaro pengsan selepas serangan tersebut dan Ribeiro kemudian telah dituduh dengan percubaan membunuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN