Jika anda tidak perasan, skuad wanita Malaysia kini sedang bertarung di Filipina untuk aksi Kejohanan Wanita AFF 2022.
Malaysia yang diundi dalam kumpulan A bersama-sama Thailand, Indonesia, Singapura, Australia dan tuan rumah Filipina setakat ini berjaya mengutip dua mata selepas dua kali.
Mereka berjaya meraih satu mata ketika seri tanpa jaringan bertemu Singapura dan seri ketika menentang Indonesia dalam perlawanan semalam.
Bertemu musuh tradisi, Indonesia, Malaysia berjaya mengharungi detik cemas sebelum dikalahkan oleh skuad Garuda.
Mereka berjaya mendahului menerusi jaringan Sheva Imut Furyzcha pada minit ke-74.
Disaat mereka menghampiri tiga mata, muncul jaringan daripada ketua pasukan Malayan Tigress, Steffi Sidhu yang menyelamatkan maruah negara pada minit-minit akhir.
Pada masa kecederaan, Malaysia dianugerahkan sepakan percuma dari tepi kotak penalti Indonesia.
Secara logiknya, hantaran lintang adalah pilihan yang baik dari situasi tersebut dengan harapan ianya akan disambut oleh rakan sepasukan yang menanti dalam kotak penalti.
Tetapi, Steffi ada idea yang berlainan. Beliau memilih untuk merembat terus bola tersebut dan meluncur laju ke gawang Indonesia lalu menewaskan penjaga gol mereka.
Ianya sekali gus memberikan jaringan untuk Malaysia dan buatkan Indonesia kempunan untuk meraih tiga mata.
Saksikan video jaringan Steffi ini yang memastikan Malaysia tidak tumbang ditangan musuh tradisi di bawah:
For 🇲🇾🇲🇾#AFFWomens2022 pic.twitter.com/EAYap5YZ4T
— Steffi Sarge Kaur (@SteffiSidhu) July 7, 2022
Malaysia akan bertemu Filipina dalam aksi ketiga peringkat kumpulan pada Jumaat (8 Julai 2022).
Ayuh, Malayan Tigress!