Watford yang cemerlang memenangi kesemua tiga perlawanan awal saingan Liga Perdana Inggeris meneruskan rentak kemenangan mereka.
Rentetan kemenangan itu diteruskan dalam aksi Piala Carabao yang menyaksikan skuad bimbingan Javi Garcia itu berjaya menundukkan Reading dengan keputusan 2-0 di Stadium Madejski.
Penyerang muda Watford, Isaac Success meletakkan The Hornets di hadapan pada minit ke-36.
Pemain berusia 22 tahun kelahiran Nigeria itu menyudahkan peluang selepas menerima hantaran lintang dari rakan sepasukan, lalu berjaya memperdayakan penjaga gol Reading, Sam Walker untuk menyumbat gol pertama.
Pemain tengah, Domingos Quin yang membuat penampilan sulung bersama Watford menambah jaringan kedua menerusi rembatan jarak jauh yang begitu menarik.
Ledakan dari jarak hampir 30 meter itu membuatkan Walker tergamam di gawangnya dan memberikan kemenangan 2-0 buat Watford sekaligus melayakkan diri ke peringkat seterusnya.