Jaringan cantik Thomas Partey antara yang mencuri tumpuan semalam, untuk membantu Arsenal tampil memperoleh kemenangan ke-10 mereka musim ini dalam saingan English Premier League (EPL).
Partey yang meledak salah satu jaringan cantik sepanjang karier beliau bersama Arsenal tampil mencuri tumpuan pada minit ke-57 menerusi gol keempat perlawanan yang tidak mampu untuk diselamatkan oleh Dean Henderson.
💪 Big team performance in N5️⃣ pic.twitter.com/OmC080l7CH
— Arsenal (@Arsenal) October 30, 2022
Henderson yang muncul sebagai wira pada perlawanan lalu jelas tidak dapat membuat apa-apa, selain terpaksa menerima keputusan perit apabila melepaskan lima gol pada perlawanan tersebut.
Ketika ini Arsenal gah di puncak liga menerusi 31 mata berjaya dikumpul hasil 10 kemenangan diraih untuk kembali memintas pencabar terdekat, Manchester City.
Pada perlawanan semalam, Arsenal tidak mengambil masa yang lama untuk mendahului Nottingham Forest yang masih lagi segar dengan kemenangan minggu lalu untuk mengatasi Liverpool.
Gabriel Martinelli membuka jaringan awal perlawanan pada minit ke-5 untuk menggamatkan suasana di Stadium Emirates setelah pemain tersebut menerima hantaran lintang daripada Bukayo Saka.
Pemain ini bertindak meraikan gol dengan memegang jersi Pablo Mari yang ditikam baru-baru ini ketika bersiar di sebuah pasaraya sekitar Milan sebagai simbolik.
❤️ Speedy recovery, @PabloMV5 pic.twitter.com/JXnq8kkI1Y
— Arsenal (@Arsenal) October 30, 2022
Jaringan tersebut kekal sehingga separuh masa pertama tamat sebelum Reiss Nelson terus menjarakkan kedudukan menerusi gol kedua dan ketiga pada minit ke-49 serta 52.
Jaringan cantik yang dicipta oleh Partey pada minit ke-57 terus memberi kedukaan buat pasukan pelawat yang jelas tenggelam dengan penguasaan Arsenal minggu ini.
Just look at this 🙄🙄#Kelvintakyi13 #ARSENAL #THOMAS PARTEY pic.twitter.com/gv2NphUM6d
— REGINALD KELVIN TAKYI 🎙🎙⚽️ (@KelvinTakyi13GH) October 30, 2022
Sebelum perlawanan tamat, tampil Martin Odegaard untuk menamatkan malam gemilang mereka di laman sendiri, menerusi gol kelima buat Arsenal pada minit ke-78 dan keputusan kekal tamat sehingga wisel penamat dibunyikan.
Untuk aksi liga seterusnya, Arsenal bakal berkunjung ke Stamford Bridge untuk membuat perhitungan bersama Chelsea yang jelas tempang selepas dibenam Brighton.
Sebelum itu, skuad kendalian Arteta ini perlu berdepan FC Zurich dalam aksi UEFA Europa League (UEL) pada hari Jumaat dalam peringkat kumpulan.
Manakala Nottingham Forest pula perlu mendapatkan kembali mata mereka untuk meneruskan persaingan musim ini menerusi aksi seterusnya berdepan Brentford.