Iniesta membuka akaun gol beliau di Jepun dengan penuh bergaya, menepati status beliau sebagai pemain bintang. Beliau juga masih punyai banyak kualiti di kakinya.
Pada Piala Dunia lalu, ramai berpendapat beliau adalah pemain terbaik pasukan Sepanyol.
‘Mematahkan kaki pertahanan’, itulah ayat yang biasa digunakan untuk gerakan pemain yang membuatkan pertahanan terperangkap.
Iniesta membuka akaun gol untuk kelab barunya, Vissel Kobe dengan kemenangan ke atas Jubilo Iwata, 2-1.
Iniesta menjaringkan gol pembukaan yang menarik pada minit ke-15 hasil umpanan oleh rakan baru beliau yang juga legenda negara sama seperti Iniesta iaitu Podolski.
Beliau melakukan trap control dengan teknik sentuhan, cushioning sempurna dan putaran badan 180° yang ‘tajam’ untuk menewaskan pertahanan lawan, Kentaro Oi dan menggelecek penjaga gol.
Sentuhan beliau ‘secukup rasa’ dan kualiti yang tidak boleh dinafikan. Saksikan gerakan padu ini:
Almost as if Iniesta is far too good to be playing in Japanpic.twitter.com/qjwnzL0wPB
— Sam Dean (@SamJDean) August 11, 2018
😱 ¡DON Andrés Iniesta! Con 34 años se estrena en Japón con este espectacular golazo. ¡Qué calidad! pic.twitter.com/7MU67AUhOX
— ElDesmarque (@eldesmarque) August 11, 2018
Kemenangan ini meletakkan Vissel Kobe di tangga ke-4, selepas 21 perlawanan. Mereka kini 7 mata di belakang Kawasaki Frontale yang berada di tangga ke-3.
Iniesta melakukan debut bersama pasukan Vissel Kobe pada 22 Julai lalu dan masuk sebagai pemain gantian. Vissel Kobe tewas 3-0 ketika itu di tangan Shonan Bellmare.