Video: Gianluigi Donnarumma Ditenangkan Oleh Bonucci Selepas Dicaci Penyokong Sendiri

Jurulatih AC Milan Gennaro Gattuso berkata beliau akan mempertahankan Gianluigi Donnarumma setelah penjaga gol itu menjadi mangsa cacian penyokong mereka sendiri dalam satu perlawanan pada Rabu lalu.

Beberapa hari sebelum itu, khabar angin mengatakan Donnarumma telah membuat permohonan bertulis kepada pihak pengurusan AC Milan, untuk membatalkan kontrak yang ditandatangani pada musim panas lalu, mendakwa beliau telah diberikan tekanan untuk menyambung kontrak tersebut sebelum ini.

(Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

Dalam perlawanan yang menyaksikan AC Milan menewaskan Hellas Verona 3-0 dalam pertandingan Copa Italia, sebuah kain rentang yang tertulis: “Ia adalah sejenis penderaan psikologi untuk membayar anda €6 juta semusim, dan hanya menandatangani abang anda yang parasit? Kesabaran kami sudah tamat. Anda boleh pergi!”

Sekumpulan penyokong AC Milan, dipercayai kumpulan ultras kelab Rossoneri itu turut bersorak untuk tujuan mengeji ketika nama Donnarumma diumumkan di dalam kesebelasan utama AC Milan, sehingga menyebabkan penjaga gol berusia 18 tahun itu menangis di bilik persalinan.

Untuk itu, Gattuso tampil untuk mempertahankan Donnarumma, sambil menegaskan khabar angin itu sebagai tidak benar.

“Saya sempat untuk mengenali Gigio (Donnarumma), sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Gigio tidak pernah terlepas untuk menghadiri latihan. Selain daripada kualiti yang ditampilkan di atas padang, Gigio juga adalah seorang individu yang baik.”

(Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

“Saya akan sentiasa memberi sokongan kepada Gigio. Beliau tidak memiliki peribadi seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Malah rakan sepasukannya turut berada bersama memberi sokongan kerana Gigio adalah seorang individu yang punyai sifat rendah diri.”

Pengarah Sukan di AC Milan, Massimiliano Mirabelli turut mengesahkan tidak ada kebenaran di sebalik laporan Donnarumma menuntut kontrak beliau dibatalkan seperti yang didedahkan oleh akhbar Il Corriere della Sera pada Isnin lalu.

“Gigio tidak pernah tampil untuk memaklumkan kepada saya bahawa beliau mahu pergi dari AC Milan. Jika Gigio mahu pergi, tidak mungkin beliau menandatangani kontrak untuk kekal sehingga 2021.”

“Mungkinkah ada pihak cuba mencetuskan sesuatu di sini? Saya tidak tahu,” ujar Mirabelli kepada Milan TV.

Sebuah video berdurasi 35 saat yang telah tersebar turut menunjukkan pemain pertahanan Rossoneri, Leonardo Bonucci bertindak menenangkan penjaga gol tersebut ketika berada di bilik persalinan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN