[VIDEO]: Elak Pijak Logo JDT, Penjaga Gol Kawasaki Frontale Hormati Lawan

Sepertimana di mana-mana bahagian di dunia, logo kelab bola sepak adalah sesuatu yang keramat dan sensitif.

Ia dianggap lambang yang mewakili kelab, dan ibarat bendera perjuangan yang dikibarkan ketika perlawanan.

Maka tidak hairanlah mengapa logo sesebuah kelab begitu dihormati oleh pemain dan penyokong bola sepak.

Bagi mereka yang suka melakukan provokasi murahan atau pun ‘troll’, logo juga dijadikan bahan pertama – sama ada diedit gambarnya, dipijak, dan lebih teruk lagi dibakar.

Ntah apa faedahnya berbuat demikian, kami pun tidak tahu. Satu perkara yang pasti, tindakan sedemikian tidak akan membantu kita meningkatkan mutu bola sepak.

Malah logo sesebuah kelab bola sepak sepatutnya dihormati baik oleh semua pihak, termasuk juga oleh lawan – demi sukan kesukanan.

Sikap S. Ando wajar dipuji

Mungkin sikap Shunsuke Ando ketika perlawanan AFC Champions League di Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini wajar dipuji.

Ando adalah penjaga gol simpanan pasukan Kawasaki Frontale dan tidak berada di dalam kesebelasan utama pasukan dalam pertemuan yang berkesudahan dengan keputusan seri pada Khamis lalu.

https://twitter.com/JAJA___85/status/1517248909579489280

Melalui satu video yang dikongsikan di Twitter, penjaga gol berusia 31 tahun itu kelihatan berjalan masuk ke Stadium Sultan Ibrahim.

Mungkin tidak menyedari permukaan laluan menuju ke padang, pemain itu kelihatan seperti akan berjalan dan terus memijak logo yang berada di tengah laluan.

Penjaga gol bekas skuad remaja kebangsaan Jepun itu bagaimana pun kelihatan terus mengelak selepas menyedari terdapat logo pasukan tuan rumah di pertengahan laluan.

Hormati logo lawan

Tindakan Ando mengelak untuk memijak logo JDT adalah tidak lain dan tidak bukan kerana beliau menghormati pasukan lawan.

Ia bukan perkara baharu di dalam bola sepak dan merupakan amalan kebanyakkan pemain.

Umum mengetahui perseteruan di antara bintang dari Portugal, Cristiano Ronaldo dengan Atletico Madrid.

Walaupun kedua-duanya merupakan seteru sejak era Ronaldo bersama Real Madrid, pemain itu tetap menghormati lawan dan mengelak untuk memijak logo pasukan lawan ketika kunjungan beliau bersama Manchester United ke Stadium Wanda Metropolitano pada Februari lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN