VIDEO: Detik Mourinho Tak Kuasa Melayan ‘Girlfriend’ Buffon

Kami ajak anda mengimbas kembali detik di mana Jose Mourinho berlalu meninggalkan pengacara, Illaria D’ Amico ketika anugerah FIFA Best 2019.

Selepas meyampaikan anugerah kepada Jill Ellis (Jurulatih Terbaik Pasukan Wanita FIFA Best), Jose Mourinho dipanggil oleh D’Amico dalam satu segmen yang kemudiannya membuatkan Mourinho menjadi janggal.

Di mana, D’Amico telah bercerita tentang piala antara planet, melibatkan pertarungan di antara manusia dan makhluk asing.

D’Amico meminta Mourinho menamakan jurulatih istimewa (special coach) dengan senarai pemain istimewa yang berhak mewakili bumi menentang makhluk asing dari planet lain.

D’Amico berkata kepada Mourinho: “Mari kita bayangkan, suatu hari, kita terjumpa makhluk lain dari planet lain.”

“Jadi, kita boleh mengadakan perlawanan antara planet, perlawanan yang menghimpunkan bintang-bintang bola sepak.”

“Dan jika itu berlaku, kita sudah bersedia, kerana [bumi] kita sudah ada ramai pemain handalan.”

“Boleh kamu bayangkan siapa jurulatih istimewa untuk pasukan istimewa ini?”

D’Amico menggunakan terma ‘special’ sebagai merujuk kepada ‘special one’ yang merupakan jolokan kepada Mourinho.

Mourinho awalnya melayan D’Amico dnegan berkata: “[Jurulatih] yang menganggur. Ianya jawatan yang harus diberikan kepada mereka yang menganggur. Saya tidak percaya, FIFA akan membenarkan jurulatih yang ada pekerjaan melatih 2 pasukan pada satu masa.”

“Saya, Mr. Fabio Capello, Zenga dan beberapa lagi – tetapi saya calon yang sesuai.”

D’Amico kemudian memanjangkan lagi huraian beliau tentang idea itu.

“Terima kasih di atas kejujuran kamu,” jelas D’Amico.

Namun Mourinho yang kelihatan semakin janggal, tidak tertahan lagi, dan terus berlalu meninggalkan pengacara tersebut, dan kembali ke tempat duduknya.

“Kenapa kamu mahu pergi dan tidak terus kekal di sini bersama saya,” kata D’Amico yang hanya mampu tersenyum melihat Mourinho.

Sebagai info tambahan, Illaria D’Amico merupakan tunang kepada Gianluigi Buffon. Mereka memiliki seorang anak hasil daripada hubungan tersebut. Mereka mulai bersama pada 2014 selepas Buffon bercerai dengan isteri beliau yang sebelumnya, Alena Šeredová.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN