Frank Lampard antara pemain terbaik yang pernah bermain di EPL. Beliau merupakan pemain tengah paling prolifik dalam sejarah liga utama Eropah.
Lampard berjaya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea walaupun beliau pemain tengah. Di dalam padang, Lampard terkenal dengan sifatnya sebagai pejuang sejati.
Berbalik kepada satu perlawanan EPL pada 2009 di antara Manchester United dan Chelsea. Pasukan Chelsea sudah ketinggalan 2-0 dengan baki perlawanan masih ada 20 minit lagi.
Bintang United, Cristiano Ronaldo telah menerjah Lampard dari belakang. Pemain itu sudah pun dilayangkan kad kuning pertama.
Tindakan Ronaldo itu sebenarnya membuatkan pengadil tiada pilihan. Ia terjahan lewat dari belakang selepas hilang bola.
Lampard boleh sahaja berguling di dalam padang untuk memastikan United bermain dengan 10 orang dalam usaha Chelsea mengejar mereka.
Apa yang berlaku, Ronaldo kelihatan cemas dan tahu dia sudah melakukan terjahan tidak sepatutnya. Pengadil, Howard Webb meluru ke arah Lampard dan Ronaldo.
Namun Lampard meminta pengadil mengendahkan sahaja insiden itu. Dan Ronaldo jelas lega kerana hari itu Lampard telah menyelamatkan beliau daripada kad merah.
Saksikan kembali detik tersebut di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=SDiW9kUlNYU
Chelsea tewas 3-0 dalam perlawanan tersebut dan United menjuarai Liga pada musim tersebut.