Iceland berjaya menempah sejarah menjadi negara terkecil yang pernah mara ke Piala Dunia dengan populasi sekitar 330,000 sahaja.
Mereka memahatkan nama mereka di senarai 32 pasukan beraksi di Rusia selepas kemenangan 2-0 ke atas Kosovo di halaman mereka sendiri.
Ini adalah kali kedua berturut-turut pasukan Iceland mara ke kejohanan major selepas melakukannya pada Euro 2016. Yang juga merupakan penampilan sulung mereka di Euro.
Di Perancis sebelum ini mereka berjaya menewaskan England untuk mara ke suku akhir. Namun di suku akhir mereka tewas di tangan Perancis.
Disaksikan ribuan penyokong mereka pada 10 Oktober lalu, Iceland mendengar wisel penamat yang paling indah dalam sejarah bola sepak mereka.
Pemain-pemain mereka terus meraikan kemenangan tersebut. Berjaya melepasi kumpulan yang awalnya dijangka akan menjadi miliki Croatia dan Ukraine.
Iceland melepasi cabaran Croatia, Ukraine dan juga Turki untuk menjadi juara kumpulan. Saksikan keraian mereka.
Video di bawah ini adalah keraian pada wisel penamat dan juga keraian sehingga ke viking clap. Video di bawah ini dalam format streamable dan anda mungkin tidak dapat menontonnya menerusi instant artikel. Tukar kepada pelayar internet biasa anda dengan klik open in browser.
https://streamable.com/2x5fn
Ini pula untuk sesi viking clap sahaja.
https://www.youtube.com/watch?v=uJ_fh_Ks9QY
Hanya mampu tumpang bangga sahajalah melihat pencapaian mereka. Harap suatu hari nanti negara kita yang hampir 100 kali ganda lebih banyak penduduk daripada mereka akan ke Piala Dunia.