VIDEO: Dengar Pengadil A-League Berkomunikasi Ketika Perlawanan

Perlawanan di antara Melbourne Victory dan Brisbane Roar pada minggu lalu – menyaksikan perhubungan menerusi mikrofon antara pengadil telah disiarkan secara langsung.

Ketua pengadil Jarred Gillett telah mengadili sebanyak 159 perlawanan dalam liga Australia. Beliau dianggap antara pengadil terbaik. Dan selepas ini beliau akan beralih ke Liga Championship.

BT Sports telah mengeluarkan satu rangkuman perlawanan dengan beberapa detik menarik melibatkan pengadil di dalam perlawanan.

Jarred Gillet turut bergurau bahawa beliau terpaksa mendengar intro paling panjang kali ini sempena perlawanan terakhir beliau.

Seterusnya, antara yang mencuri perhatian adalah ketika beliau cuba meminta pandangan daripada konti VAR.

Jarred memutuskan untuk meninjau sendiri keadaan – sama ada gol itu sah atau tidak. Selepas gol itu disahkan, Jarred memberitahu kapten pasukan lawan dan beliau memberitahu pembantunya bahawa kapten tersebut menerimanya.

Jarred memberitahu pembantunya: “Tugas yang baik semua, Matty McKay menerimanya.”

Jarred juga memberitahu kapten Brisbane Roar bahawa pemain pertama yang menerima bola itu juga berada dalam kedudukan tidak ofsaid.

Kita semua selalu membayangkan pemain akan sentiasa membantah keputusan pengadil. Tidak! Ada yang datang dengan mesra dan memberikan pujian kepada pengadil sambil tersenyum.

Misalnya pemain Melbourne City sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Jarred yang akan beralih ke Championship selepas ini. Beliau berkongsi kegembiraan di atas pencapaian Jarred.

Dan Jarred pula menghargainya.

Selepas menonton video ini ramai peminat bola sepak lebih menghargai tugas pengadil. Mereka tidak sangka bahawa tidak mudah untuk membuat sesuatu keputusan terutama sekali kad kuning.

Hampir kesemua keputusan Jarred beliau mendengar pandangan daripada pembantu beliau dengan sangat cepat dan aktif.

Dan ada masanya mereka turut bergurau dalam komunikasi. Misalnya, pengadil di konti VAR memberitahu Jarred bahawa itu adalah wisel faul ke 4,600. Sampaikan Jarred sendiri berkata: “Biar betul? Adakah saya sudah menaikkan penanda aras?”

Jarred Gillet menamatkan tugas beliau di Hyundai A League dan akan ke Liga Championship. Mungkin dalam beberapa tahun lagi beliau akan menjadi pengadil EPL. Siapa tahu?

Dan apa pandangan anda jika kita buat perkara seperti ini di dalam Liga Super untuk perlawanan khas? Ok tidak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN