Video: Debut Bertenaga Andik Vermansyah Bersama Kedah Menentang PKNP

Andik Vermansyah ditandatangani oleh KFA sebelum jendela perpindahan pemain ditutup. Beliau terus diberikan debut pada perlawanan menentang PKNP.

Andik Vermansyah bukan nama asing di Malaysia. Beliau antara pemain dari Indonesia yang berjaya di kancah Liga Malaysia.

Musim 2018, Andik tidak ditawarkan kontrak baru oleh Selangor dan beliau dikaitkan dengan banyak pasukan di Indonesia dan Malaysia. Kedah akhirnya memutuskan untuk mendapatkan khidmat beliau.

Debut Andik Vermansyah adalah dengan kemenangan berharga ke atas PKNP FC. Ini adalah kemenangan sulung Kedah untuk musim 2018.

Sekaligus menepis keraguan beliau mungkin masih dalam proses pemulihan kecergasan. Andik nampak bertenaga dalam perlawanan ini. Menjadi pemain paling bahaya sepanjang 90 minit.

Andik menjadi pencetus kepada gol Akhyar Rashid, satu ‘cut back’ daripada Andik membuatkan keadaan panik di hadapan gol PKNP.

Jom saksikan debut beliau.

Diharap Andik Vermansyah terus cemerlang bersama pasukan baru beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN