Video: Crystal Palace Tunjukkan Cara Umumkan Pemain Baru

Sempena dengan jendela perpindahan yang sudah dibuka, kami mahu berkongsi dengan anda cara Crystal Palace mengumumkan pemain baru mereka.

Satu muat naik menarik oleh Crystal Palace di laman twitter mereka, kelab tersebut telah menunjukkan cara mereka mengendalikan pengumuman pemain baru. Kami yakin mekanisme yang sama digunakan oleh pasukan EPL yang lain.

Antara yang mencuri tumpuan adalah cara mereka menaikkan keghairahan penyokong seperti memuat naik status tentang bakal pemain baru akan diumumkan, kemudian, meletakkan ‘gambar bocor’ daripada ejen pemain dan sebagainya.

Gambar dan video pendek yang mendebarkan peminat tentang kelibat pemain yang bakal diumumkan. Ini diikuti video pengumuman rasmi dengan gambar pemain melakukan ‘thumbs up’.

Selepas itu, pemain ditemuramah buat pertama kali dengan cara yang lebih santai. Dan perkara biasa yang mereka akan buat adalah cara menyebut nama mereka dengan betul. Perkara yang harus diambil kira oleh kelab di negara kita.

Ramai pemain import di negara kita tidak disebut dengan betul nama mereka.

Seterusnya barulah mereka akan memuat naik temu ramah yang lebih panjang dengan beberapa soalan klise. Kelab akan memuat naik seberapa banyak mungkin gambar pemain di dalam galeri mereka.

Mereka juga menunjukkan beberapa perkara yang harus dilakukan seperti berlakon sedang menjalani pemeriksaan kesihatan dan gambar sedang menandatangani kertas kontrak. Sebenarnya ia sudah dilakukan lebih awal.

Palace juga menunjukkan cara mengambil gambar pemain dengan jersi di hadapan dinding yang dipenuhi dengan nama penaja-penaja mereka.

Sesuatu yang beberapa pasukan di negara kita harus pelajari kerana masih ada yang mengambil gambar ini berlatar belakangkan dinding pejabat dan logo pasukan mereka sahaja.

Kemudian, bahagian media mereka akan memastikan pemain menukar status mereka di dalam media sosial agar ia dikemaskini dengan meletakkan nama Crystal Palace.

Ini penting kerana publisiti pemain antara perkara yang berada dalam pertimbangan kelab untuk ditandatangani terutama sekali pemain yang pernah bermain dengan kelab lebih besar. Jangan lupa hastag!

Saksikan di sini:

Diharap kita semua belajar sesuatu daripada video pendek ini. Ia ilmu yang bermakna.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN