Portugal tewas 4-2 kepada Jerman dalam saingan Kumpulan F Euro 2020 pada tengah malam tadi, walaupun terlebih dahulu mendahului melalui jaringan Cristiano Ronaldo.
Penyerang berusia 36 tahun itu ibarat tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penuaan apabila terlibat dalam serangan balas pantas dan menyudahkannya untuk memberikan gol pendahuluan kepada Portugal di Allianz Arena.
Jerman mendominasi perlawanan dari mula, dan ia seperti satu mags apabila tiba-tiba Portugal berada di hadapan melalui serangan balas pantas tersebut.
Gol luar biasa Ronaldo
Ianya bermula apabila Ronaldo menanduk keluar dari kotak penalti Portugal selepas sepakan penjuru milik Jerman, diikuti larian ke sebelah hujung padang bertentangan oleh pemai itu di dalam tempoh 14.42 saat.
Kapten Portugal itu kemudiannya mudah menolak masuk gol pendahuluan Portugal – gol pertama Ronaldo menentang Jerman.
Larian yang dilakukan oleh Ronaldo sempat direkodkan dan beliau berlari sepantas 32 km/j sebelum berada di posisi tepat untuk menerima hantara dari Diogo Jota untuk disudahkan.
Mungkin ada yang melabel jaringan tersebut mudah untuk dilakukan, tetapi tanggapan tersebut tidak mengambil kira bagaimana ia dilakukan – sebelum jaringan terhasil.
This run from Cristiano Ronaldo from a defense to a finishing position in 10 seconds is one of the most mad things iv ever seen. 🐐 pic.twitter.com/ohdVvpz1Vx
— Prime. (@TrashTalkMVP) June 19, 2021
Kajian larian Ronaldo
Menurut seorang atlet olahraga dari Sepanyol, Angel David Rodriguez dirinya mampu melakukan larian sebanyak 0.30 saat lebih pantas daripada Cristiano Ronaldo dalam perlumbaan berjarak 25 meter.
Rodriguez yang merupakan kapten skuad olahraga Speanyol mengambil bahagian dalam satu latihan untuk tujuan kajian bersama kapten pasukan kebangsaan Portugal itu ketika Ronaldo masih bersama Real Madrid.
Berkongsi kepada AS, Rodriguez berkongsi pendapat beliau mengenai kepantasan larian yang mampu dihasilkan oleh Ronaldo di dalam larian jarak 100 meter.
@ADRpajaro Ángel Davíd Rodríguez, en la salida de su eliminatoria en Moscú. pic.twitter.com/LlMKXVQXxy
— Miguel Villaseñor (@MigVillasenor) August 19, 2013
“Saya berlari lebih pantas 3/10 saat berbanding Ronaldo, dan ia [jarak] agak jauh. Tetapi jika ia adalah larian 100 meter, beliau boleh melakukan sekitar 11.60 saat,” kata Rodriguez.
Ini bermakna Ronaldo berlari dua saat kurang dari rekod dunia yang dipegang Usain Bolt iaitu 9.58 saat.
Rodriguez yang dikenali sebagai El Pajaro (The Bird) di Sepanyol memiliki 12 kejuaraan acara olahraga dan berkongsi mengenai kajian yang dilakukan bersama pemenang Ballon d’Or itu mengenai larian.
“Saya dikehendaki menyediakan laporan mengenai perbezaan teknik larian bersama Cristiano Ronaldo.
https://twitter.com/atalantanews/status/1169148704168775680
“Anda harus berlari dengan gaya dan teknik berbeza untuk menampilkan perbezaan larian dan teknik yang digunakan oleh seorang pelari pecut dan pemain bola sepak.
“Beliau [Ronaldo] sangat cemerlang dan pantas dalam larian dengan gerakan lateral. Jelas sekali beliau kerap berlatih.”
Walaupun Rodriguez menang untuk larian dalam garis lurus, pelari pecut itu tewas kepada Ronaldo untuk larian dalam bentuk diagonal.
“Ia seperti meminta seorang pelari pecut bermain tenis menggunakan dayung,” kata Rodriguez lagi.
Rodriguez dan Ronaldo melakukan larian tersebut untuk dokumentari khas berjudul ‘Cristiano Ronaldo: Tested to te Limit’, di mana kedua-duanya bersemuka untuk melakukan larian jarak pendek dan beberapa aktiviti lain.
Ronaldo berusia 26 tahun pada ketika itu dan sedang berada di kemuncak prestasi berdasarkan umur seorang pemain bola sepak profesional.
Ia menakjubkan untuk melihat Ronaldo cuba bersaing dengan atlet dari acara sukan lain dan mahu menjadi sebaik mungkin yang beliau mampu capai.
Di dalam bola sepak, tidak dinafikan kepantasan dan kelincahan Ronaldo telah memberikan masalah kepada banyak pemain pertahanan.
Walaupun pada usia 36 tahun pada hari ini, beliau masih mampu beraksi lebih pantas berbanding pemain lain.
Buktinya adalah larian dari kotak ke kotak penalti lain ketika menentang Napoli dalam tempoh 10 saat pada September 2019.
Latihan dan diet
Otot yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo memungkinkan beliau melakukan perkara yang dianggap mustahil dan sukar.
Pemain seperti Ronaldo menggunakan latihan mengangkat pemberat yang sangat berat dalam beberapa bahagian untuk membangunkan otot-otot ini.
Semasa sesi latihan, Ronaldo yang memiliki berat 85kg akan mampu menaikkan berat dengan jumlah yang sama dengan lebih daripada 16 kereta Toyota Prius.
Diet juga memainkan peranan. Patrice Evra pernah berkongsi bagaimana berat dan sukarnya mengikuti rejim pemakanan yang diamalkan oleh Ronaldo.
Atlet seperti Ronaldo akan banyak mengambil makanan berasaskan protein seperti ikan, telur dan daging, Hanya sedikit gula dan karbohidrat digunakan untuk tujuan pengumpulan tenaga yang digunakan ketika latihan.
Ini menjelaskan mengenai laporan perubatan Ronaldo yang membuatkan doktor kagum ketika beliau baru menyertai Juventus.
Badan Cristiano Ronaldo hanya mengandungi 7% lemak dan ianya kurang hampir 3% daripada kandungan lemak dalam badan yang dimiliki oleh atlet sukan profesional di dunia.
Otot (muscle) beliau pula 4% lebih tinggi daripada purata atlet profesional yang lain pada kadar 50%. Ini adalah rumusan daripada perubatan beliau:
Kandungan lemak: 7% (purata atlet profesional pada kadar 10-11%). Komposisi otot: 50% (purata atlet profesional pada kadar 46%)
Rumusan
Tidak semua manusia atau pemain bola sepak mempunyai bakat seperti Cristiano Ronaldo. Apatah lagi displin diri ketika latihan dan dalam aspek penjagaan makanan.
Ia memerlukan banyak pengorbanan peribadi. Tidak hairanlah mengapa pemain seperti beliau dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia pada hari ini.
Baca artikel menarik lain mengenai Cristiano Ronaldo:
Euro 2020: Kemenangan Portugal Ke Atas Hungary Diiringi Rekod Baharu Ronaldo
Ronaldo “Senyap-Senyap” Hantar Kereta Mewah Ke Lisbon, Petanda Bakal Tinggalkan Juventus?