VIDEO: Chelsea Redakan Tekanan Selepas Berjaya Tundukkan Malmo FF 2-1

Chelsea

Selepas dibelasah tanpa belas kasihan oleh Manchester City 6-0 dalam saingan liga, Chelsea meredakan tekanan yang dihadapi apabila menang 2-1 ketika kunjungan ke Sweden menentang Malmo FF pada aksi peringkat 32 terbaik Liga Europa 2018/19, awal pagi tadi.

Jaringan yang ditunggu-tunggu skuad bimbingan Maurizio Sarri itu menjelma pada minit ke-30 menerusi Ross Barkley.

Barkley yang tidak dikawal dalam kawasan penalti Malmo FF mendapat umpanan baik daripada Pedro Rodriguez, sekaligus membuat percubaan leret yang menewaskan Johan Dahlin di gawang tuan rumah.

Walaupun Chelsea lebih mengawal permainan, Malmo yang dibimbing Uwe Rosler berupaya untuk mencipta ancaman ke kubu Chelsea yang dikepalai David Luiz dan Andreas Christensen.

Olivier Giroud menambah jaringan kedua buat Chelsea pada minit ke-58 apabila beliau dengan tenang dan bergaya menyempurnakan hantaran lintang yang dilakukan Willian dari sebelah kanan pintu gol Malmo FF.

Selepas jaringan tersebut, The Blues mencipta dua peluang terbaik bagi menggandakan kelebihan jaringan bagaimanapun percubaan Barkley dinafikan Dahlin manakala rembatan melencong daripada Pedro membias terkena pertahanan untuk sekadar memberikan sepakan penjuru buat Chelsea.

Usaha dilancarkan Malmo FF akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-80 menerusi Anders Christiansen.

Keputusan 2-1 kekal hingga tamat permainan untuk memberikan kelebihan satu gol serta bekalan dua jaringan di tempat lawan buat Chelsea.

Kredit foto: Chelsea FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN