Hanya dua kemenangan yang memisahkan Manchester City dari kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini – selepas gol tunggal jaringan penyerang antarabangsa Argentina, Sergio Aguero memastikan kemenangan sukar 1-0 untuk skuad kendalian Pep Guardiola.
Gol tunggal perlawanan tersebut hadir pada minit ke-64, dan terpaksa ditentukan oleh teknologi garisan gol sebelum jaringan terebut disahkan. Ianya terjadi selepas Matthew Lowton melakukan clearance – juga gambaran kepada kesukaran yang diberikan oleh Burnley untuk City dalam perlawanan yang berlangsung di Turf Moor ini.
Perlawanan ini turut menyaksikan percubaan oleh Gabriel Jesus turut diselamatkan oleh Ben Mee di atas garisa gol. Burnley jarang mengancam kubu pertahanan lawan dalam perlawanan ini. Dan City juga sedar hanya kemenangan yang menjamin kedudukan mereka untuk mengatasi Liverpool di kedudukan carta liga.
Penjaga gol Burnley, Tom Heaton turut cemerlang menyelamatkan percubaan daripada Aguero, Aymeric Laporte dan Bernardo Silva – tatkala prestasi permainan oleh City pada ketika itu dianggap biasa sahaja.
CIty seolah-olah tidak tajam seperti kebiasaan, dengan gerakan-gerakan kurang kemas yang dimatikan begitu sahaja oleh lawan. Sedikit sebanyak ia membuatkan mereka cemas selepas babak pertama tamat tanpa jaringan.
Tatkala niat oleh Burnley semakin jelas iaitu untuk mengecewakan pemain City untuk mendapatkan satu mata, Aguero akhirnya tampil sebagai wira.
?? Sergio Aguero for Man City…
– Games: 335
– Goals: 229
Thierry Henry for Arsenal…
– Games: 375
– Goals: 228 pic.twitter.com/M73m5zSY4k
— The Sportsman Stats (@SportsmanStats) April 28, 2019
Jaringan tersebut turut menjadikan beliau sebagai pemain kedua yang menjaringkan lebih dari 20 gol EPL semusim selama lima musim berturut-turut – selepas Thiery Henry.
Kredit Video: Stadium Astro