Tular di media sosial pada ketika ini sebuah video yang menunjukkan bagaimana lemaunya para pemain Liverpool ketika mereka berdepan serangan pantas dari skuad Leeds United.
Video tersebut sepertinya membuatkan para penyokong mula bimbang dan hilang keyakinan terhadap skuad kendalian Jurgen Klopp itu.
Insiden yang memperlihatkan bagaimana hanya Mohamed Salah dan Darwin Nunez sahaja berusaha mengejar bola itu jelas sekali membuatkan penyokong berfikir yang pemain lain semakin lemau dan tiada semangat untuk bermain.
💰“There is an argument Liverpool aren’t matching the other clubs.”
💷 “When you are spending £225m over five transfer windows…”
❌ “Liverpool aren’t spending enough to keep pace with [Man City].”
Simon Jordan says #LFC's lack of spending has caused them to fall behind #MCFC. pic.twitter.com/VMaVYtMqG9
— talkSPORT (@talkSPORT) October 31, 2022
Liverpool sekali lagi mencatatkan kekalahan dalam saingan Premier League musim ini dan kali ini mereka kecundang di halaman sendiri di tangan pasukan yang berada di zon penyingkiran pada minggu lalu.
Crysencio Summerville muncul wira Leeds United selepas kejayaan beliau meledak gol kemenangan untuk pasukan pelawat pada minit-minit akhir permainan.
Liverpool pada ketika ini sudah lapan kali gagal untuk mengutip tiga mata penuh dari 12 perlawanan mereka dalam saingan Premier League musim ini.
Kekalahan bertemu Leeds United merupakan kekalahan keempat untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu dan sepertinya mereka sudah boleh untuk benar-benar melupakan hasrat untuk mencabar gelaran liga musim ini.
Liverpool are closer to the relegation zone than the top four 💀 pic.twitter.com/Qu4q8QQ85f
— ESPN FC (@ESPNFC) October 29, 2022
Virgil Van Dijk merupakan antara individu yang paling terkesan dengan kekalahan tersebut kerana ia merupakan kekalahan pertama beliau di Anfield sejak dari awal beliau menyertai kelab pada tahun 2018 yang lalu.
Gawang gol Alisson Becker sebenarnya sudah dibolosi lebih awal lagi dalam perlawanan tersebut selepas Rodrigo memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh Joe Gomez.
The Reds kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mohamed Salah sebelum Summerville meledak gol kemenangan pada minit-minit akhir dalam perlawanan tersebut.
Telah berlaku satu insiden dalam perlawanan tersebut yang menunjukkan bagaimana lemaunya barisan pemain Liverpool ketika berdepan serangan pantas dari skuad Leeds United.
Virgil van Dijk lost a Premier League match at Anfield for the first time in his Liverpool career 😱 pic.twitter.com/8TBwNauBTo
— GOAL (@goal) October 29, 2022
Barisan midfield Liverpool sudah sememangnya teruk dihentam oleh pelbagai pihak sepanjang musim ini dek kerana aksi hambar yang mereka persembahkan.
Kini para peminat mula bimbang tentang tahap kecergasan para pemain dan komitmen mereka terhadap kelab selepas melihat satu insiden yang menunjukkan betapa lemaunya anak-anak buah Jurgen Klopp itu.
Leeds United dilihat terlalu mudah melakukan serangan pantas dan pemain Liverpool benar-benar bergelut ketika berdepan situasi tersebut.
Tular sebuah video di media sosial pada ketika ini yang memperlihatkan bagaimana Leeds melakukan serangan pantas dari kawasan mereka sendiri ke kubu Liverpool.
Nunez and Salah both sprinting back to stop a counter, they’re both strikers. pic.twitter.com/ORZEvbKtdp
— Samuel (@SamueILFC) October 30, 2022
Apa yang membimbangkan penyokong Liverpool adalah mereka melihat beberapa pemain termasuk Fabinho jelas sekali sekadar berlari anak sahaja ketika gawang mereka sedang diserang.
Nunez dan Salah dilihat berusaha berlari pantas untuk mengejar bola dengan bintang Uruguay itu yang paling bersungguh-sungguh mahu mematahkan serangan lawan.
Mo Salah sementara itu turut berlari pantas dari belakang dan cuba membantu Nunez untuk mematahkan serangan pantas Leeds United.
Are Man Utd better than Liverpool now? 👀 pic.twitter.com/7vTyH3wLV4
— Match of the Day (@BBCMOTD) October 30, 2022
Para penyokong mempersoalkan mengapa pemain penyerang yang bersungguh-sungguh berlari untuk membantu barisan pertahanan sedangkan pemain pertahanan dan midfield ada yang berlari anak sahaja melihat Leeds United melakukan serangan pantas.
Mereka seolah-olah sudah pasrah dan akur sahaja andai Leeds United akan mampu mendapatkan sesuatu dari kesempatan tersebut.
Hal itu juga menyebabkan ramai percaya skuad Liverpool musim ini sedikit huru-hara kerana ramai pemain yang sudah hilang semangat dan tidak bersungguh-sungguh mahu membantu kelab mencatatkan kemenangan.