Apabila dituduh tiada semangat kesukanan oleh kelab utama Liga Bulgaria, Levski Sofia, mungkin video ini dapat memberikan kita sisi yang berbeza.
Malah, mereka turut menyatakan yang pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menampilkan permainan yang kasar dan bersikap kurang ajar.
Perlawanan pemanas badan antara JDT dan Levski Sofia di Dubai telah dihentikan pada minit ke-54 apabila perlawanan menjadi semakin tegang.
JDT sedang dalam jelajah pramusim di Dubai dan telah pun melalui satu perlawanan sebelum ini menentang kelab Rusia, FC Rostov – tumbang 0-2.
Keputusan perlawanan pra musim Johor Darul Ta'zim musim 2023:
25 Januari – JDT 0-2 FC Rostov 🇷🇺
28 Januari – JDT 1-0 Levski Sofia 🇧🇬
*perlawanan dihentikan minit 54Perlawanan seterusnya:
2 Februari – JDT vs Lokomotiv Moscow 🇷🇺
6 Februari – JDT vs Zenit St Petersburg 🇷🇺 pic.twitter.com/RgOUNvRP8v— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 29, 2023
Dalam aksi kedua, Harimau Selatan dilihat berhasil mendahului perlawanan pada minit ke-24 hasil jaringan Juan Muniz. Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menyifatkan ini mungkin punca lawan menjadi agresif iaitu tidak boleh menerima kenyataan ketinggalan 0-1 kepada mereka.
“Mungkin mereka tak boleh terima ‘club’ kecil dari Asia ‘leading’ 1-0 lawan ‘European club’,” titip TMJ di Instagramnya sejurus perlawanan tamat.
Permainan agresif juga berpunca daripada pengadil yang dilihat gagal mengawal perlawanan dengan baik. Suhu panas mula menyelubungi aksi yang hanyalah merupakan aksi pramusim antara kedua-dua pasukan.
Selepas insiden Fernando Forestieri menumbuk pemain Levski Sofia, pengadil sekali lagi menjadi tumpuan kerana tidak memberikan kad kepadanya. Ini menyebabkan mereka bertindak memboikot perlawanan seterusnya pengadil terpaksa menamatkan perlawanan tersebut.
Memang tegang perlawanan malam ni sangat tegang dan pada saat ke-23 Bergson seperti ditumbuk dari belakang https://t.co/iTSnjkSdTZ pic.twitter.com/01K1cP98fs
— Rashid Samat (@TallAndDark_) January 28, 2023
Tular potongan video perlawanan tersebut yang memperlihatkan kepada kita sisi yang berbeza selepas melihat insiden tumbukan Forestieri.
Video memperlihatkan Levski Sofia menampilkan aksi terlampau agresif, tidak seperti tuduhan mereka yang mengatakan JDT bermain kasar.
Tidak pasti sama ada memang begitu corak permainan di Bulgaria atau segalanya berpunca daripada pengadil dari Serbia yang gagal mengawal aksi lebih baik sejak dari awal permainan. Mustahil mereka seagresif itu.
JDT bakal menghadapi dua lagi perlawanan di Dubai dengan menjadikan Lokomotiv Moscow sebagai lawan ketiga mereka pada 2 Februari sebelum berdepan FC Zenit pada 6 Februari seterusnya pulang ke tanah air.
Satu pengalaman yang berharga buat JDT apabila berdepan antara kelab besar di Eropah dan telah melalui situasi serta insiden tegang sebegini yang bakal memberi dimensi berbeza terhadap persediaan mereka musim ini.