Barcelona FC akhirnya mengeluarkan video rasmi jersi musim 2019/20 kelab itu. Sebelum ini beberapa laman peminat mendakwa mereka sudah mendapat gambar jersi yang tertiris dan ianya berbentuk papan catur.
Penyokong Barcelona agak berbelah bagi tentang rekaan itu sekiranya benar itulah corak jersi mereka nanti.
https://twitter.com/G14_en/status/1117370569492717568
Dan semalam, dalam video pengenalan kepada jersi terbaru mereka, rekaan tersebut ternyata bermotifkan papan catur.
👕 This was the exclusive party at the Barça Store Camp Nou for the presentation of the 2019/20 shirt 👇https://t.co/mcgEab1lqy
— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 3, 2019
Barcelona memilih motif papan catur kerana ianya inspirasi daripada beberapa blok daerah Eixample di bandar tersebut di mana binaan bangunannya direka oleh arkitek Antoni Gaudi.
Bendera Catalan kali ini akan muncul pada bahagian hadapan kolar baju yang berbentuk V – berbanding dengan di belakang sebelum ini.
😍 Our captains. Our new kit 🔵🔴#Messi@5sergiob@3gerardpique@SergiRoberto10 pic.twitter.com/bU725DsKQO
— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 3, 2019
Gerard Pique teruja dan menganggap jersi itu sesuatu yang baru dan mengujakan. Pique selaku warga tempatan Barcelona merasakan jersi ini menunjukkan hubungan yang kuat di antara kelab, bandar dengan masyarakat.
“Ianya mungkin agak berbeza tetapi ianya 100% Barca. Bahkan rekaan kali ini lebih baik kerana mewakili hubungan di antara kelab dengan penyokong serta mereka yang membantu memajukan bandar ini,” jelas Pique lagi.
Untuk jersi wanita, penaja hadapan baju mereka adalah Stanley. Jom saksikan video promosi jersi terbaru Barcelona:
Jersi ini sudah pun mulai dijual di kedai rasmi Barcelona.