Pada perlawanan awal pagi tadi, Manchester City bergelut untuk menang ke atas Southampton. Satu babak menarik apabila Guardiola pergi ke arah Nathan Redmond.
Guardiola dilihat marah kepada Redmond. Wartawan bertanya apakah yang sebenarnya dikatakan oleh Guardiola kepada Redmond? Adakah pengendali Sepanyol itu tidak berpuas hati dengan pemain tersebut.
Beliau berkata, dia bukanlah marah dengan Redmond. Sebaliknya beliau tidak berpuas hati apabila pemain seperti Redmond sepatutnya lebih memikirkan untuk melakukan sesuatu dalam perlawanan ini, bukannya cuba melengahkan perlawanan.
“Saya kata kepadanya, anda seorang pemain yang sangat bagus. Musim lalu, kamu hancurkan kami di sini. Itulah saat saya tahu kamu pemain yang hebat.”
https://twitter.com/ScoutedFtbl/status/936007321804791809
Guardiola memberitahu, jika Southampton lebih positif dalam perlawanan ini, mereka boleh menang ke atas City yang terpaksa menunggu magis individu Sterling untuk menang.
Kenapa pemain-pemain Southampton tidak mahu menghukum lawan mereka yang jelas tidak berada dalam prestasi terbaik. Tetapi sikap Southampton yang pasif membuatkan City menguasai perlawanan ini dengan dominan.
“Southampton ada pemain-pemain yang sangat berbakat. Redmond bermain sangat baik menentang kami. Tetapi masalahnya, mereka tidak mahu bermain bola sepak.”
“Mereka mahu melengahkan perlawanan sejak dari minit ke-9 lagi. Saya mahukan pemain-pemain seperti ini bermain bola sepak.”
“Di pusat latihan, saya memberitahu pemain-pemain saya tentang Romeu dan Van Dijk.”