Pada suatu masa ketika perlawanan sedang berlangsung, Jurgen Klopp, Mohamed Salah dan penyokong Liverpool di Anfield tiba-tiba seperti meraikan sesuatu kerana percaya Aston Villa berjaya mengikat kedudukan kepada 3-3 di Etihad.
Jika perlawanan di Etihad terikat pada kedudukan tersebut, ini bermakna Liverpool akan menjuarai kejuaraan Premier League (EPL) pada musim ini.
Bagaimanapun ianya hanya khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Anfield pada babak akhir perlawanan.
Who ever started the rumour that Villa had made it 3-3 you're a legend hahaha pic.twitter.com/0u37RTYoia
— James (@Jmes_80) May 22, 2022
Ia adalah penamat yang tegang dan penuh drama untuk saingan EPL pada musim ini setelah City kembali bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menewaskan Villa 3-2, sekali berjaya mempertahankan kejuaraan pada musim ini.
City pada mulanya kelihatan melepaskan peluang untuk muncul juara selepas membenarkan Villa mendahului perlawanan melalui jaringan Matty Cash dan Philipe Coutinho.
Dua gol daripada Ilkay Gundogan dan Rodri pada 15 minit terakhir perlawanan bagaimanapun berjaya mengalihkan kejuaraan kembali kepada City.
Pada masa yang sama Liverpool turut menjaringkan gol sebanyak dua kali pada babak akhir perlawanan untuk mendahului Wolverhampton Wanderers.
Setelah skuad kendalian Klopp berjaya mendahului lawan, keputusan seri di Etihad akan memberi Liverpool kejuaraan.
Perlawanan yang disiarkan secara siaran langsung di seluruh dunia itu menyaksikan pada satu ketika mereka yang berada di Anfield percaya skuad Villa kendalian Steven Gerrard telah menjaringkan gol ketiga.
Ini membuatkan suasana di Anfield bertukar seperti satu pesta. Salah kelihatan berlari kegembiraan secara tiba-tiba. Klopp turut memeluk salah seorang pemain di bangku simpanan, dan penyokong di Anfield juga seperti kelegaan dan gembira.
Akhirnya berita sebenar kedudukan di Etihad sampai, dan ia ternyata harapan palsu.
Liverpool Sudah Tetapkan Tarikh Dan Laluan Sekitar Merseyside Untuk Arak Trofi EPL & UCLhttps://t.co/wjOLXISUrO
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 7, 2022
Anda boleh bayangkan kekecewaan yang menyelubungi Anfield. Situasi tersebut turut membuatkan mereka yang menyaksikan perlawanan di kaca televisyen keliru akan kedudukan sebenar di Etihad.
Kerana itulah membawa radio ke stadium sentiasa menjadi idea yang baik. Ia tidak akan membuatkan anda keliru.
Adakalanya capaian internet di stadium juga perlahan, membuatkan mereka yang mendapatkan keputusan terkini secara atas talian lambat mendapat informasi sebenar.
#PL TITLE WINS
13 – Man Utd
6 – Man City
5 – Chelsea
3 – Arsenal
1 – Blackburn Rovers
1 – Leicester City
1 – Liverpool pic.twitter.com/h6FAalKzWg— Premier League (@premierleague) May 22, 2022
Bagi yang menyaksikan perlawanan di Etihad sudah pasti menyedari Villa langsung tidak mempunyai peluang kembali ke dalam perlawanan setelah City berada di hadapan.
Setelah City ketinggalan 2-0, sudah pasti ramai penyokong Liverpool mulai mengangkat nama Gerrard sebagai wira. Nampaknya sehingga kini Gerrard gagal membantu Liverpool bergelar juara.
Liverpool kekal memburu kejuaraan kedua EPL di dalam sejarah kelab, setelah hanya menjuarai saingan paling berprestij di peringkat domestik itu sekali di dalam tempoh 30 tahun.
Kali ini kejayaan Liverpool dan Manchester City dibezakan hanya oleh satu gol yang sama sekali tidak pernah wujud.