Anak lelaki kepada Tomas Rosicky menjaringkan gol terakhir untuk bekas bintang Arsenal tersebut, sekaligus menutup karier bola sepak profesional pemain tersebut.
Perlawanan testimonial di antara Pilihan Czech XI menentang Pilihan Dunia XI itu menyaksikan beberapa rakan, bekas rakan sepasukan dan ahli keluarga hadir untuk meraikan 19 tahun karier profesional Rosicky.
Antaranya ialah bekas pemain The Gunners seperti Jens Lehmann, Robin van Persie, Cesc Fabregas, Bacary Sagna dan Gael Clichy yang menganggotai Pilihan Dunia XI. Mereka adalah bekas rakan sepasukan Rosicky ketika beraksi selama hampir 10 musim di Emirates.
Perlawanan tersebut menyaksikan tuan rumah mengecewakan pilihan dunia dengan jaringan 5-2. Menarik sekali, gol terakhir pasukan yang diketuai oleh Rosicky dijaringkan oleh anaknya yang mudah menolak masuk di celah kangkang Jens Lehmann.
Gol tersebut tidaklah begitu teknikal seperti kedengaran. Namun ianya cukup untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan Rosicky di era profesional beliau.
Sebelum itu, Rosicky turut melihat sepakan penalti yang diambil olehnya diselamatkan oleh Lehmann. Selepas tamat perlawanan, Rosicky ketika bercakap kepada media rasmi Arsenal sempat berseloroh.
“Saya sebenarnya menjangkakan Lehmann akan mudah menyelamatkan percubaan anak saya. Kerana itu, saya gembira Lehmann menunjukkan sikap kemanusiaan beliau ketika itu.”
“Ia sangat emosi. Ia adalah perlawanan selamat tinggal yang hebat. Apa lagi boleh saya perkatakan? Saya diberi kesempatan untuk berkongsi saat ini bersama semua mereka yang hadir. Terima kasih kerana menjadikan perlawanan ini istimewa.”
Pemain terbaik Republic Czech untuk tahun 2001, 2002 dan 2006 itu membantu Arsenal untuk menjuarai Piala FA sebanyak dua kali, dan merupakan sebahagian dari anggota Borussia Dortmund ketika muncul sebagai juara Bundesliga pada musim 2001/2002.
Saksikan detik menarik dan penuh emosi jaringan anak Tomas Rosicky melalui pautan di bawah.
Rosicky Jr scores a banger by nutmegging Jens Lehmann in Tomas Rosicky’s testimonial pic.twitter.com/9pP9kuVN9R
— Troll Football Media (@Troll__Footbal) June 10, 2018