Video: Alban Lafont, Penjaga Gol 19 Tahun Yang Dikehendaki Kelab Besar

Sumber di Itali mendedahkan AS Roma bersedia membayar £10 juta untuk penjaga gol berusia 19 tahun yang bermain untuk Tolouse, Alban Lafont.

Selain daripada Roma, Napoli juga dikatakan antara pasukan yang mahu mendapatkan penjaga gol ini. Lafont menjadi senasi di Ligue 1 selepas berjaya menjadi penjaga gol utama Tolouse pada usia sangat muda.

Bukan sahaja Roma dan Napoli, malah sudah ada wakil dari England menghantar pemantau bakat ke Perancis untuk memerhatikan bakat ini. Antaranya adalah Arsenal, Watford dan Newcastle United.

Lafont disenaraikan dalam 10 penjaga gol muda paling berpotensi di Eropah buat masa ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN