[Video]: Aksi Provokasi Bekas Pemain Penang Buat Pasukan Lawan Tidak Puas Hati

Satu aksi provokasi telah dibuat pada perlawanan semalam dalam saingan Liga 1 Indonesia yang mempertemukan Persita Tangerang menentang Tira-Persikabo sehingga mencetuskan insiden pergaduhan.

Pada aksi tersebut, kelibat bekas penyerang Penang iaitu Osas Saha telah mencetuskan kontroversi menerusi provokasi dibuat, sekali gus membabitkan sedikit insiden pergaduhan selepas perlawanan.

Ketika itu, pasukan diwakili beliau iaitu Persita Tangerang sedang mendahului lawan mereka dengan kedudukan semasa 5-3 yang berlangsung di Stadium Benteng Taruna Kelapa Dua.

Walaupun perlawanan masih lagi belum tamat dengan memasuki masa tambahan, Osas Saha sengaja mencipta provokasi menerusi di tepi padang, sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain lawan.

Osas juga dilihat sengaja membuang masa perlawanan menerusi aksi beliau yang disifatkan tidak mempunyai semangat kesukanan ketika itu.

Selepas wisel penamat dibunyikan oleh pengadil, para pemain lawan mula mengerumuni Osas kerana tidak berpuas hati.

Beberapa pergelutan terjadi membabitkan kedua pasukan sebelum dileraikan dan beliau hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil kerana sikapnya tidak mencerminkan sesuatu yang bagus dalam bola sepak.

Hasil pergelutan itu juga menyaksikan jersi Osas telah terkoyak di bahagian dada sebelum keadaan kembali ditenangkan oleh para pemain dan pegawai perlawanan.

Osas yang masuk selaku pemain gantian pada minit ke-73 setelah menggantikan Ghozali Siregar jelas menaikkan kemarahan pasukan lawan menerusi aksinya yang tidak matang.

Menurut pemain tengah Persikabo iaitu Munadi, beliau menganggap tindakan Osas itu secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah pasukan diwakilinya.

“Kami di sini beraksi sebagai pemain profesional. Kami tidak bermasalah untuk hadapi kekalahan tersebut, tetapi jangan sesekali memijak maruah pasukan,” jelas Muniadi menerusi Bola.com.

Selepas perlawanan tamat, Osas telah memuat naik satu video kenyataan untuk meminta maaf atas sikapnya ketika itu untuk para penyokong lawan di akaun Instagram.

“Saya minta maaf atas insiden yang berlaku ketika aksi pertemuan bersama Persikabo 1973.

“Kemaafan ini ditujukan kepada pemain, kejurulatihan, penyokong Persikabo, serta masyarakat Bogor.

“Saya minta maaf untuk semua peminat walau berada di mana-mana. Saya janji untuk tidak lagi mengulanginya. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi, dan sekali lagi saya mohon maaf,” ujar Osas.

Penyerang naturalisasi Indonesia ini pernah beraksi bersama Penang pada tahun 2016 sebelum beraksi bersama beberapa kelab dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN