Quantcast

BERITA

VIDEO: Ajax Menjaringkan Salah Satu Gol Berpasukan Terbaik Musim Ini

Kita memang kenali Ajax sebagai pusat penting perkembangan total football satu ketika dahulu.

Mereka antara kelab yang berpegang kepada falfasah Johan Cruyff di dalam pembangunan dan juga pasukan utama mereka.

Namun selepas itu, Ajax agak bergelut dengan prestasi. Sehinggalah tiba era Erik Ten Hag yang mengembalikan semula bola sepak indah di Ajax.

Ajax kembali menjadi pasukan yang menghimpunkan bakat bakat muda yang menonjol di persada bola sepak Eropah.

Sudah banyak team goal pasukan Ten Hag ini hasilkan. Namun gol pertama menentang Heracles dalam saingan Eredivisie semalam merupakan antara yang tercantik.

Ianya bermula daripada bawah dan bergerak ke tengah serta transisi yang lancar ke atas.

Hantaran dan gerakan yang tajam menjadi kekuatan utama termasuk persefahaman yang tinggi.

Ini adalah gol yang kami maksudkan. Gol pembukaan ketika berhadapan dengan Heracles, yang disudahkan oleh Quincy Promes.

Cantik bukan?

Ajax menang 4-1 dalam perlawanan tersebut. Untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di puncak liga dengan kelebihan 6 mata.