Quantcast

BERITA

VIDEO: Ajax Bengang Dengan VAR, Gol Minit Akhir Asensio Beri Real Kemenangan

Real Madrid menang tipis 2-1 ke atas Ajax dengan bantuan VAR, setelah teknologi itu digunakan buat pertama kali di pertandingan UEFA Champions League. Ironinya ia membatalkan gol oleh pasukan tuan rumah.

Jaringan babak kedua perlawanan oleh Karim Benzema pada minit ke-60, dan Marco Asensio pada minit ke-87 perlawanan cukup untuk memberi kelebihan untuk Real- yang turut menyaksikan Hakim Ziyech menjaringkan gol untuk Ajax pada minit ke-75 perlawanan.

Keputusan ini memberi kelebihan besar kepada Real yang akan melayang kunjungan Ajax dalam perlawanan timbal balik di Bernabeu kemudian.

Real Madrid’s French forward Karim Benzema (R) scores a goal during the UEFA Champions league round of 16 first leg football match between Ajax Amsterdam and Real Madrid at the Johan Cruijff ArenA on February 13, 2019. (Photo by JOHN THYS / AFP) (Photo credit should read JOHN THYS/AFP/Getty Images)

 

Ajax tampil di peringkat kalah mati UEFA Champions League buat pertama kali sejak 13 tahun yang lalu beraksi dengan baik pada keseluruhan perlawanan.

Ancaman utama pasukan dari Belanda itu kebanyakkannya datang dari Dusan Tadic yang turut dipersalahkan di dalam drama VAR.

Pemain itu hampir memberikan pendahuluan buat pasukannya pada minit ke-26, namun percubaan beliau dari jarak 20 meter hanya mengenai palang.

Thibaut Courtois turut dipaksa menghadang percubaan oleh Ziyech selepas permainan menarik ditampilkan oleh Ajax.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – FEBRUARY 13: Dusan Tadic of Ajax watches the ball as Sergio Ramos of Real Madrid looks on during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Ajax and Real Madrid at Johan Cruyff Arena on February 13, 2019 in Amsterdam, Netherlands. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Drama VAR

Kemudian drama VAR tercipta di dalam perlawanan ini.

Tagliafico paling pantas memberi reaksi untuk menyambar bola yang gagal ditangkap kemas oleh Courtois. Pemain-pemain Ajax sudah pun meraikan jaringan tersebut.

Ajax’s Argentine defender Nicolas Tagliafico (C) scores a goal which will be rejected after VAR deliberation as Ajax’s Serbian forward Dusan Tadic (2nd L) vies with Real Madrid’s Belgian goalkeeper Thibaut Courtois (L) during the UEFA Champions league round of 16 first leg football match between Ajax Amsterdam and Real Madrid at the Johan Cruijff ArenA on February 13, 2019. (Photo by Olaf KRAAK / AFP) / Netherlands OUT (Photo credit should read OLAF KRAAK/AFP/Getty Images)

Dan tatkala semua pemain di atas padang sudah bersedia untuk memulakan kembali perlawanan, pegawai VAR mulai bercakap dengan pengadil perlawanan.

Arahan diberikan kepada pengadil untuk menilai kembali jaringan tersebut, sebelum jaringan Tagliafico dibatalkan selepas Tadic dipersalahkan kerana menghalang Courtois.

Real Madrid bangkit

Real di bawah kendalian Santiago Solari kemudiannya bangkit selepas itu. Pemain muda, Vinicius berjaya mengejar bola sebelum melakukan hantaran yang ditanduk kemas oleh Benzema untuk memberi pendahuluan kepada Los Blancos.

Ajax kemudiannya bertindak balas dengan percubaan rendah oleh Ziyech, ketika perlawanan berbaki 15 minit sahaja lagi.

Namun pemain gantian, Asensio kemudiannya memastikan Real pulang dengan kelebihan dengan kemenangan dan juga kelebihan dua jaringan di tempat lawan.

Sumber video: GOAL

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!