Video: Acara ‘Relay’ Pisang Oleh Mourinho, Young Dan Rojo

Mourinho, Young dan Rojo seperti acara berganti-ganti baton pisang. Satu ‘acara’ yang tidak ada dalam rangkuman perlawanan rasmi UEFA.

Kepada peminat bola sepak yang menyaksikan perlawanan sebentar tadi pastinya akan perasan insiden pada minit ke-70.

Ini rakaman insiden tersebut.

Memang menjadi kebiasaan pemain bola sepak memakan pisang untuk nutrisi dan khasiatnya. Cuma cara ia dilakukan kali ini agak kelakar.

Mourinho memanggil Ashley Young yang sedang memanaskan badan dan menyerahkan pisang tersebut.

Kita harap Rojo tidak ada terlibat dengan pertaruhan makan pisang pula. Nanti tak pasal-pasal berhenti jadi pemain bola sepak dan mejadi taster pisang di pasaraya.

Beliau mungkin terlupa makan pisang ketika rehat separuh masa agaknya. Dan pakar pemakanan baru perasan hal tersebut.

Nutritionist tidak boleh melakukan hal itu kerana sudah pasti akan dilarang oleh pengadil. Jadi terpaksalah meminta bantuan bos besar.

Jelas The Special one tak mahu ada sesiapa cuba buat-buat lupa tentang nutrisi mereka. Kena makan terus walaupun sedang beraksi!

Itu teori kami.

Baca juga: 5 Pemain Bola Sepak Yang Berpendidikan Tinggi!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN