Video: 1 Gol 1 Assist, Depay Tunjukkan Everton Jalan Keluar, Baki 2 Perlawanan

Malang terus menimpa pasukan Everton. Mereka kali ini bungkus awal daripada UEL dalam baki saingan peringkat kumpulan yang tinggal 2 perlawanan lagi.

Bekas pemain Chelsea Bertrand Traore sekali lagi menembusi gawang mereka. Traore menjaringkan gol pertama pada minit ke-68.

Seterusnya, perlawanan ini tertumpu kepada aksi bekas pemain Manchester United, Memphis Depay. Ini apabila Depay menjaringkan mencipta gol untuk Aouar pada minit ke ke-68. Saksikan hantaran dengan visi tinggi oleh Depay:

depay from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Dan pada minit ke-76, Depay melengkapkan malam cemerlang beliau dengan gol ke-3 menerusi tandukan deras. Lyon menang 3-0 dan memastikan Everton tersingkir daripada persaingan.

depay goal from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Ibarat selepas jatuh ditimpa tangga, Everton kehilangan Morgan Schneiderlin pada minit ke-80. Sebelum itu, pada minit ke-43, Everton turut kehilangan Cuco Martina yang dikejarkan ke hospital selepas cedera di bahagian leher.

5 kali!

Ini adalah kekalahan ke-5 berturut-turut pasukan Everton dalam semua pertandingan. Mereka memecat Ronald Koeman dan masih belum mendapat pengganti yang tetap.

3 kekalahan daripadanya adalah selepas pemecatan Koeman. Mereka kini menduduk tangga tercorot kumpulan E. Baru-baru ini, interim, David Unsworth mahukan jawatan ini secara tetap.

Tetapi dengan keputusan semasa yang beliau dapat, rasanya ia kurang meyakinkan.

Unsworth merehatkan Wayne Rooney, Baines dan Jagielka dalam perlawanan ini dan menjadikan Gylfi Sigurdsson sebagai 9 jadian. Ia jelas memakan diri. Sigurdsson tiada kemampuan untuk bermain peranan tersebut.

Keputusan lain

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan E, Apollon Limassol mengikat Atalanta dengan keputusan 1-1. Atalanta berada di tangga teratas kumpulan E selepas 4 perlawanan.

Apollon  dan Lyon berkongsi 8 mata tetapi dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN