Pagi tadi kami ada menyiarkan berita FIFA membenarkan Lionel Messi kembali beraksi untuk pasukan Argentina dalam baki perlawanan kelayakkan Piala Dunia selepas pergantunggann 4 perlawanan Messi ditarik balik.
Perkhabaran ini bagaimanapun tidak disenangi oleh seteru Messi di Chile, Arturo Vidal. Bintang tengah kelab Bayern Munich ini berkata, FIFA tidak akan melakukan perkara yang sama jika ianya bukan Lionel Messi.
Sebelum ini, Lionel Messi digantung 4 perlawanan antarabangsa oleh FIFA apabila rakaman perlawanan menunjukkan bintang Barcelona tersebut bertindak memaki hamun pegawai perlawanan.
Insiden berkenaan berlaku ketika pusingan kelayakkan Piala Dunia di antara Argentinda dan Chile.
Messi sebelum ini telah terlepas satu perlawanan kelayakkan bertemu Bolivia akibat pergantungan tersebut.
Tetapi pada Jumaat lepas, FIFA menerima rayuan kapten Argentina dan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) setelah mendapati kes berkenaan kekurangan bukti dan tidak wajar dihukum seberat itu.
Kritikan Vidal mungkin berasas. Pasukan kebangsaan Chile sendiri mempunyai beberapa pergantungan pemain sepanjang pusingan kelayakkan tersebut.
Jorge Valdivia dan Gary Medel terpaksa mengharungi pergantungan 4 perlawanan untuk insiden yang hampir sama dengan Messi. Eduardo Vagas turut dihukum dengan 2 pergantunggan perlawanan.
Arturo Vidal yang terlepas perlawanan ketika bertemu Argentina itu berpendapat, keputusan ini membuktikan Lionel Messi mendapat layanan istimewa dalam rayuannya oleh badan induk bola sepak dunia itu.
“Isu ini sukar kita perjelaskan. Saya mengharapkan peraturan tersebut adalah sama kepada semua.” jelas Vidal kepada stesen Radio Cooperative do Chile.
“Keputusan ini adalah perkara yang positif untuk Argentina, untuk Messi dan bola sepak. Ini kerana kita gemar melihat permainan Messi. Dia sentiasa memberikan yang terbaik.”
“Keputusan ini sangat baik untuk Messi. Bagaimanapun saya mengharapkan ia adil untuk semua.” jelas Arturo vidal dalam temuramah tersebut.
Chile berada di kedudukan ke-4 dalam pusingan kelayakkan Zon CONMEBOL. 4 pasukan teratas kumpulan akan melayakkan diri scara automatik ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia.
Manakala Argentina menduduki tangga ke-5, satu mata di belakang Chile. Pasukan yang menduduki tangga ke-5 harus menempuhi perlawanan “play off” untuk melayakkan diri ke Rusia.
Vidal kini sedang berusaha meningkatkan kecergasan setelah terlepas aksi di Bundeslliga bersama Bayern Munich.
Vidal turut mensasarkan tempat bersama skuad Chile di kejohanan Piala Konfederasi FIFA yang akan diadakan pada Jun-Julai tahun ini.
Baca juga: Eric Williams Marah Dengan Sikap Mora Yang Meninggi Diri