Pemain baharu Barcelona, Arturo Vidal jelas tidak sabar lagi untuk beraksi bersama Lionel Messi, Sergio Busquets dan juga Luis Suarez yang disifatkan beliau sebagai pemain terbaik dunia.
Dalam majlis memperkenalkan diri beliau sebagai pemain baharu Barcelona, Vidal mendedahkan dirinya cukup gembira untuk dapat beraksi dengan sebuah kelab yang terbaik di dunia ini.
Menurut laman Sky Sports, Vidal jelas bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan baharunya.
Malah beliau bercita-cita untuk memenangi kejuaraan Eropah bersama kelab tersebut.
“Gembira. Secara jujurnya, saya sangat gembira.”
“Saya teruja untuk memulakan latihan dengan rakan sepasukan baharu saya dan menyarung jersi yang masyhur ini dan melakukan perkara penting di sini.”
Vidal memberikan isyarat mahu menguasai bola sepak Sepanyol dan juga Eropah bersama Barcelona.
Vidal yang mempunyai kontrak selama 3 tahun bersama kelab tersebut menyatakan beliau mahu memenangi semua kejuaraan yang disertai oleh Barcelona.
“Menang segalanya. Dalam tempoh kontrak 3 tahun saya, saya harap saya boleh menang semua kejuaraan yang disertai kami.”
“Ianya adalah satu impian. Saya harap saya dapat kecapi objektif saya di sini.”
“Saya di sini mahu memenangi semua piala yang ada dan berikan yang terbaik di atas padang.”
Vidal menyertai Barcelona dengan nilai perpindahan sebanyak £32 juta.
Pembelian beliau menggantikan Paulinho yang kembali ke kelab China – Guangzhou Evergrande.