Vida Sedia Julang Kembali Maruah Bola Sepak Kelantan

Perubahan dalam pengurusan bola sepak Kelantan mungkin akan berubah pada masa hadapan, setelah dilaporkan pasukan tersebut bakal menerima pemilik baharu untuk tampil dengan lebih baik.

Menurut laporan, usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida berminat untuk kembali mentadbir Kelantan dan mengambil alih daripada pemilik terkini iaitu Norizam Bin Tukiman (Zamsaham).

Musim ini menjadi sesuatu yang mengecewakan buat bola sepak Kelantan, selepas pasukan tersebut mengharungi tahun yang gemilang sebelum itu ketika saingan Liga Premier 2022.

Namun, momentum positif itu tidak bertahan lama selepas beberapa kontroversi di luar padang, serta prestasi pasukan sendiri dalam mengharungi perjalanan liga sangat tidak menyakinkan.

Lebih parah, beberapa konflik turut tersebar di media sosial dengan membabitkan Zamsaham bersama segelintir pemain Kelantan sehingga menyaksikan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) masuk campur.

Terkini, tampil Vida dengan kenyataan untuk mengambil alih bola sepak Kelantan dengan beberapa jaminan turut dibuat supaya tidak menghampakan para penyokong The Red Warriors (TRW) selepas ini.

Jelas Vida, beliau tidak mempunyai tujuan lain dengan menegaskan hanya ingin memfokuskan tentang pengurusan kelab secara profesional sahaja tanpa membabitkan perniagaan alat kosmetik seperti sebelum itu.

“Kali ini benar-benar saya sedia ambil alih Kelantan FC, di mana anak saya Kacak (Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin) akan menguruskan sepenuhnya pasukan demi menyelamatkan TRW (skuad The Red Warriors)

“”Kita tak akan buat begitu (jadikan TRW alat pemasaran syarikat). Kalau jadi, anak saya yang akan uruskan pasukan Kelantan kerana saya lihat anak saya amat minat dengan bola sepak.

“Disebabkan minat mendalam, saya percaya Kacak boleh membawa semula kegemilangan TRW yang dah hilang sekarang ke tahap membanggakan.

“Saya hanya berada di belakang tabir dan tak akan gunakan TRW untuk syarikat. Malah, kalau sebelum ini saya pernah tukar warna TRW kepada warna ‘pink’ (merah jambu) sebelum ini, tapi kali ini tidak sebab saya takkan campur hal syarikat dengan pasukan,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Vida juga mengakui sudah pun mengadakan perbincangan bersama Zamsaham secara tidak rasmi mengenai rundingan untuk mengambil alih bola sepak Kelantan.

“Kalau kena cara saya mahu ambil semula. Dulu masa saya dengan TRW, tak ada pun masalah tunggakan gaji. Apa yang berlaku sekarang memang menjatuhkan maruah Kelantan. Saya harap perbincangan ke arah itu berjaya nanti,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN