Quantcast

BERITA

Vida Dicemuh Kerana Meluahkan Sokongan Terhadap Ukraine

Perlawanan separuh akhir Piala Dunia yang berlangsung di ibu negara Russia semalam sedikit kecoh apabila beberapa warga Rusia dan penyokong England mencemuh dan mengejek pemain pertahanan Croatia, Domagoj Vida yang sebelum ini lantang meluahkan sokongannya terhadap negara jiran Russia, Ukraine.

Selepas kejayaan Croatia pada suku akhir, satu rakaman video menunjukkan Vida, yang juga bekas pemain kelab Ukraine, Dynamo Kiev berkata: “Gemilang buat Ukraine!”

Hubungan Russia dengan Ukraine tegang sejak Moscow merampas Crimea pada 2014 manakala Ukraine menyokong gerakan pemisah Russia di timur negara itu.

Badan induk bola sepak dunia FIFA memutuskan kenyataan Vida tidak memenuhi peraturan kejohanan mengenai sikap berkecuali dalam politik.

Cemuhan itu tidak hadir dari bahagian stadium yang menjadi tempat penyokong England. Ada sebilangan besar warga Russia di stadium itu.

FIFA mendenda Ognjen Vukojevic, staf kejurulatihan Croatia yang tampil bersama Vida dalam video itu dengan denda bernilai 11,400 pound (RM60,000).

Vukojevic turut dipecat daripada jawatannya bersama pasukan kebangsaan.Vida berkata kenyataannya dalam video itu tidak bermaksud atau berkaitan dengan mesej politik

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!