Victor Valdes Nafi Membenci Louis Van Gaal, Anggap Van Gaal Seperti Bapa

Ini merupakan kisah mengenai Victor Valdes dan Louis Van Gaal ketika dua individu ini masih lagi di Manchester United.

Walaupun kedua-dua individu ini sudah tiada lagi di kelab Manchester itu, kisah yang melibatkan pemain dan pengurus ini masih lagi kedengaran.

Terbaru, Valdes mendedahkan beliau tidak pun membenci Van Gaal. Walaupun mereka mempunyai masa sukar ketika bersama-sama di Old Trafford.

Kehidupan sukar pasca Barcelona

Valdes melalui tempoh kehidupan yang di impikan oleh mana-mana pemain bola sepak ketika di Barcelona.

Sepanjang di Barcelona, Valdes memenangi 5 kejuaraan La Liga, 3 gelaran UEFA Champions League dan pelbagai lagi kejuaraan di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Namun, apabila tibanya Claudio Bravo dan Marc-Andre Ter Stergen di Nou Camp seolah memberi isyarat bahawa Valdes perlu pergi.

Akhirnya, beliau pergi dari Barcelona dan ke Manchester United dengan perpindahan percuma.

Walaupun tiba di England dengan reputasi tinggi, Valdes tidak dapat menewaskan David De Gea untuk menjadi penjaga gol utama pasukan.

Sudahnya, Valdes hanya melakukan 2 penampilan sahaja sepanjang berada di Manchester United.

Hari-hari sukar di Manchester

Valdes mendedahkan beliau seperti ‘orang asing’ di Manchester.

Selepas mengalami perbalahan bersama Van Gaal kerana tidak mahu bermain dengan pasukan simpanan Manchester United, Van Gaal menunjukkan kepada Valdes siapa sebenarnya bos.

Sejak itu, Valdes dilarang untuk berlatih bersama-sama rakan sepasukan di peringkat senior mahupun remaja.

Jadual latihan Valdes sengaja diterbalikkan dengan jadual latihan rakan sepasukan yang lain.

Jika pasukan berlatih pada sesi pagi, maka Valdes akan berlatih pada waktu petang dan begitulah sebaliknya.

Ini membuatkan Valdes terpaksa berlatih seorang diri dibawah kawalan jurulatih penjaga gol akedemi Manchester United, Alan Fettis.

Almari Valdes di bilik persalinan juga dikosongakan, dengan tag namanya pada almari tersebut serta barang miliknya dipindahkan ke tempat lain.

Dan Van Gaal benar-benar mahu jadikan Valdes seperti tidak wujud di Manchester United apabila pemain itu dilarang daripada menyertai sesi fotografi untuk gambar tahunan pasukan.

Juan Mata pernah ditanya mengenai keadaan rakan senegaranya itu ketika ditemu ramah oleh sebuah radio Sepanyol, Al Primer Toque.

“Saya tidak mahu mengulas lebih dan saya tidak mahu bercakap mengenai Van Gaal ataupun Valdes. Tapi apa yang saya boleh katakan saya kasihan dengan Valdes.”

“Ia satu situasi yang malang. Saya pasti apa yang terjadi pasti ada sebabnya.”

“Jika anda pergi bertanya mengenai hal ini kepada Valdes, pasti Valdes punya sebab tersendiri. Begitu juga jika anda pergi bertanya kepada Van Gaal.”

Valdes tidak membenci Van Gaal

Walaupun hari-hari sukarnya di Manchester sudah berakhir, Valdes tidak pernah sedikit pun membenci Van Gaal.

Sebaliknya beliau bersyukur kerana dapat bekerja dengan pengurus berasal dari Belanda itu.

Valdes kini bersama dengan Middlesbrough, dan beliau kini berasa dirinya seperti menjadi pemain profesional semula.

05b0fb40bad4581d6c348512f8e22e9e

“Saya rasa seperti saya sudah menjadi pemain profesional semula selepas hari-hari sukar di Manchester.”

Namun bagi Valdes, beliau berasa sukar untuk menerangkan seksanya beliau ketika berada di Manchester.

“Apa yang boleh saya katakan ia amat sukar apabila kita berjuang sendirian.”

“Kadang kala ketika di Manchester, saya pernah terfikir yang saya tak perlu untuk lalui semua ini. Tapi saya terus berjuang kerana saya adalah pejuang dan saya seorang yang profesional.”

“Dan saya boleh katakan ini adalah pertarungan terbesar saya dalam karier saya dan saya menang!”

Valdes juga tidak pernah menyimpan dendam terhadap Van Gaal ataupun Manchester United.

“Van Gaal membantu saya ketika saya menghadapi kecederaan. Dan Van Gaal juga adalah orang yang memberi saya peluang untuk menjadi penjaga gol ketika di Barcelona dulu.”

1437070362_extras_noticia_foton_7_0

“Bagi saya, Van Gaal ibarat bapa. Saya tidak mahu kenang peristiwa lama dengan cara negatif.”

“Van Gaal adalah manusia yang baik, kami masih berkawan rapat dan tiada masalah antara kami.”

Selain Van Gaal, Valdes juga berterima kasih kepada Alan Fettis kerana sering bersamanya ketika di Manchester.

“Saya ingin berterima kasih kepada jurulatih bawah-21 tahun Manchester United, Alan Fettis. Tanpa Fettis saya mungkin sudah berhenti bermain bola sepak.”

Baca juga: Mourinho: Kemenangan Ini Untuk Van Gaal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN