Victor Anichebe Tarik Diri Dari Rundingan Selepas Tahu Isu Gaji Shukor Adan

Victor Anichebe dikatakan menarik diri dari rundingan untuk menyertai Melaka United di saingan Liga Malaysia 2020 selepas mengetahui isu tunggakan gaji Shukor Adan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Damien Yeo berpendapat tindakan bekas pemain, Shukor Adan memfailkan afidavit kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menuntut bayaran gaji tertunggak sebagai tidak adil kepada persatuan itu.

“Kena faham, bukan kita tak mahu bayar, tetapi ia mengambil masa,” kata Damian kepada Melaka Kini.

“Pelbagai kata diberikan kepada saya termasuk hanya ‘bising’ di media sosial, ‘so what’?

FOTO: MUSA

“Kamu hanya Shukor Adan yang dah berumur 40 tahun, anak Melaka tetapi bila umur hampir mencecah 40 tahun baru datang ke Melaka, ia tidak adil,” katanya.

Damian yang mengakui dirinya beremosi mengenai perkara ini turut mendedahkan perancangan Melaka United untuk membawa masuk pemain import turut terjejas.

Ini selepas beberapa pemain import yang berada dalam proses rundingan menarik diri selepas mengetahui kemelut ini.

“Mesti lari, saya tidak akan bagitahu siapa, tetapi antaranya ialah bekas pemain Everton, Victor Anichebe yang sedang kita runding.

Embed from Getty Images

“Walaupun agak mahal, terus terang saya cakap ia berada dalam bajet MUSA, kerana kita tidak mengambil pemain import kelima, jadi bajetnya dapat kita tumpukan terhadapnya.

“Sekarang, MUSA terpaksa mendapatkan pemain import lain,” jelasnya lagi.

Mohd Shukor sebelum ini memfailkan afidavit kepada FAM untuk menuntut gaji beliau ketika bersama Melaka United, selepas sebelum ini usaha beliau berbuat demikian dipertikaikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN