Victor Andrag Luah Masalah Dihadapi Bersama Kedah

Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Loading official content
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers'
Jose Mourinho turned up the heat ahead of Thursday night's Ibrox showdown by insisting that Fenerbahce are a better team than Rangers.
0 seconds of 1 minute, 17 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:17
01:17
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengendali Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Victor Andrag mungkin boleh dianggap sebagai antara jurulatih di Malaysia kini yang menghadapi cabaran begitu tinggi di saingan Liga Super musim 2024/2025.

Seperti diketahui ramai, Sang Kenari menghadapi isu kewangan yang cukup teruk sejak awal saingan musim ini berlangsung sehingga segala persiapan tidak berjalan dengan lancar.

Natijah kepada permasalahan melanda, pasukan itu terpaksa melupakan khidmat ramai pemain utama yang meninggalkan kelab itu kerana bebanan kewangan melanda.

Malah, musim ini juga menyaksikan ada beberapa perlawanan menyaksikan pemain utama pasukan tersebut tampil boikot sehingga menyukarkan perancangan dibuat oleh staf kejurulatihan.

Masalah tersebut diteruskan lagi kini dengan Victor mengakui memiliki senarai terhad pemain ketika persiapan dibuat untuk mengharungi aksi Liga Super seterusnya.

Sang Kenari bakal menghadapi cabaran Kuala Lumpur City (KL City) hari ini dalam saingan Liga Super dalam usaha kelab itu untuk terus mendapatkan tiga mata penuh.

Jelas Victor, beliau hanya memiliki senarai terhad pemain untuk aksi hari ini dalam usaha beliau untuk cuba memastikan Kedah kembali bangkit selepas tewas kepada Negeri Sembilan lalu.

“Bila kita nak buat sesuatu perancangan, ada dalam kalangan pemain utama tidak datang, jadi bagaimana kami mahu membuat persediaan yang rapi?

“Ini masalah sejak hari pertama saya kendalikan pasukan dimana jumlah pemain tidak cukup untuk latihan dan apa yang saya boleh buat?

“Saya tidak boleh paksa mereka, dan jika mereka komited dan jika sekejap datang dan kemudian tak datang, itulah yang menyukarkan keadaan sebelum menghadapi Negeri Sembilan FC yang lalu.

“Kita juga agak kekurangan daripada segi jumlah pemain import. Jadi saya terpaksa ‘top up’ dengan pemain yang lain dalam barisan simpanan yang ternyata menyukarkan kami untuk mengimbangi momentum yang diperlukan dalam pasukan,” kata beliau menerusi Berita Harian.

Jelas Victor lagi, sekitar 12 hingga 15 pemain senior sahaja yang turun menjalani sesi latihan dengan pasukan itu turut tampil serba kekurangan daripada tenaga import.

Hanya Milos Gordic serta Ebenezer Assifuah masih lagi kekal bersama Kedah tatkala pemain-pemain import lain sudah pun meninggalkan pasukan tersebut.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN