Victor Andrag Galas Sementara Tugas Aidil Sharin Kendali Helang Merah

Ketiadaan selama hampir dua minggu pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak bakal memberi ruang buat penolongnya, Victor Andrag untuk memimpin skuad Helang Merah.

Ia berikutan Aidil Sharin yang menyertai Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 selama 11 hari di Kuala Lumpur, bermula semalam.

Victor diberi peluang untuk menguji kemampuannya dan mengendalikan Kedah dalam dua perlawanan iaitu perlawanan liga dan juga pusingan ketiga Shopee Piala FA.

Aidil Sharin Sahak. FOTO: Kedah FA

Jumaat ini Kedah bakal menyambut kedatangan finalis Piala Malaysia 2018, Terengganu FC di Darul Aman sebelum bertemu PJ City FC pada Selasa, juga di halaman sendiri.

Mereka ketika ini sedang melalui empat perlawanan tanpa 3 mata dan kalah dua daripadanya. Ini pastinya meresahkan bukan sahaja penyokong malah pengendali mereka.

Namun, dipetik daripada Berita Harian, beliau menaruh sepenuh keyakinan dengan kredibiliti dan kemampuan penolongnya itu untuk memimpin Helang Merah sepanjang ketiadaannya nanti.

Victor Andrag. FOTO: Astro Arena

“Saya yakin beliau (Victor) dan barisan kejurulatihan sediaada akan melakukan tugas mereka dengan baik dan berkesan berdasarkan persefahaman yang telah kita terapkan dalam pasukan selama ini.

“Bersandarkan perancangan untuk memburu kemenangan, saya akan terus berkomukasi dengan Victor bagi melancarkan strategi yang akan diaturkan nanti,” ujar Aidil Sharin lagi.

Victor bukanlah asing di kem Kedah kerana sudah lama berada di belakang tabir pasukan, sebelum ini mengendalikan skuad Piala Presiden Kedah untuk meraih naib juara kejohanan.

Pengendali yang berusia 43 tahun itu juga adalah antara lagenda Kedah yang telah bersama-sama mencipta sejarah kejuaraan Double Treble pada musim 2007 dan 2008.

Untuk saingan liga musim ini, kali terakhir Kedah merekodkan kemenangan adalah pada 22 Februari yang lalu selepas menundukkan PJ City di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Selepas kemenangan 2-0 itu, Kedah hanya berjaya meledak 2 gol dalam empat perlawanan – satu gol ketika diikat JDT dan satu gol lagi ketika tewas kepada Kuala Lumpur.

Ini adalah salah satu isu yang perlu diperbaiki segera oleh Victor menjelang pertemuan dengan Terengganu FC yang pastinya memburu kemenangan pertama selepas dua perlawanan.

Mereka tewas kepada Selangor, kemudian PKNP FC dan pastinya mahu bangkit di Darul Aman, Jumaat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN