Pelari pecut terkemuka dunia yang begitu serius untuk beraksi dalam kancah bola sepak profesional, Usain Bolt disifatkan oleh Vicente Del Bosque, mampu untuk menjadi seorang pemain pertahanan yang baik.
Bolt yang beraksi buat Central Coast Mariners pada perlawanan persahabatan tempoh hari diletakkan di posisi sayap.
Personaliti sukan terkenal yang berusia 32 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada perlawanan yang menyaksikan Central Coast Mariners menang 6-1.
Bagi bekas pengurus skuad kebangsaan Sepanyol itu, beliau melihat Bolt mampu untuk menjadi pemain pertahanan yang baik terutamanya di bahagian bek sayap.
Posisi tersebut memberikan kelebihan dan menggunakan ruang tersebut apabila Bolt dapat menggunakan kepantasan yang dimilikinya.
”Dengan ruang tersebut, dia (Usain Bolt) mampu untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang baik.”
”Dia boleh menjadi bek sayap yang meliputi banyak ruang tetapi ia bergantung kerana tidak hanya mengawal 100 atau 60 atau 70 meter padang.”
”Ia adalah berkaitan keperluan stamina yang mana saya tidak tahu dia mempunyainya atau tidak, namun saya pasti dia sudah pasti melakukan persiapan.”
”Tidak diragukan dia sebagai pemain bek sisi, dengan sentuhannya, itu adalah amat berguna buat dirinya.”