Gian Piero Ventura menuding jari ke arah pengadil di atas kekalahan tipis mereka di tangan Sweden dalam play off pertama Piala Dunia Rusia 2018.
Sweden menang menerusi gol pemain gantian Jakob Johansson yang menjaringkan gol karier antarabangsa pertama beliau. Pengendali Itali itu jelas tidak berpuas hati dengan pengadil, Cuneyt Cakir.
“Dengan mengambil kira apa berlaku dalam padang, kami tak berhak untuk kalah. Buffon tidak ada ‘save’ langsung dalam perlawanan ini kerana mereka kurang menyerang. Kami banyak mencipta peluang dan ada terkena tiang.”
“Pengadil membiarkan Sweden bermain keras dan fizikal. Sehingga Bonucci patah hidung pada babak awal perlawanan.”
“Saya harap pengadil akan membenarkan kami buat benda yang sama kepada mereka di Milan nantu. Sebabnya, dalam perlawanan penting sebegini, anda tidak boleh membiarkan sahaja perkara sebegini berlaku.”
“Tapi itu bukan justifikasi kepada persembahan kami. Kami berhak sekurang-kurangnya seri dengan aksi yang kami tunjukkan. Saya ulangi, dalam perlawanan penting sebegini pengadil harus lebih tegas.”
Ventura yakin Itali akan menang dalam perlawanan di San Siro dan mara ke Piala Dunia Rusia.
“Sekarang ini kami perlukan kemenangan. Kami tahun perjuangan ini adalah 180 minit. Masih ada 90 minit lagi. Saya rasa 90 minit pertama adalah keputusan yang ‘salah’. San Siro akan membantu kami dan kami juga membawa San Siro di tangan kami nanti.”