Sebentar tadi aksi separuh akhir Piala Dunia B-20 2017 telah diadakan. Aksi kebangkitan semula dapat disaksikan dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir.
Samuel Sosa penyelamat Venezuela
Pemain berumur 18 itu menjaringkan gol penyamaan Venezuela bagi memastikan Uruguay terikat 1-1. Uruguay mendahului pada minit ke 49 melalui gol kapten, Nicolas De La Cruz.
Nicolas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.
Skor 1-1 terikat sehingga tamat masa sebenar. Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan tetapi tidak menemui gol kemenangan.
Akhirnya, sepakan penalti diadakan. Penjaga gol Venezuela, Santiago Mele menyelamatkan penalti terakhir yang diambil oleh Nicolas De La Cruz.
Venezuela menewaskan Uruguay dengan dengan 4 skor berbalas 3. Ini adalah kali pertama Venezuela mara ke perlawanan akhir kejohanan ini.
Brace impact
Brace adaah perkataan dari England yang merujuk kepada 2 gol. Di negara lain ia disebut double.
Dua gol Dominic Solanke untuk England telah membantu mereka menyekat kemaraan Itali. Gol Dominic dijaringkan pada minit ke-66 dan ke-88.
Seorang lagi bintang muda yang terus meningkat naik, Ademola Lookman menjaringkan satu gol untuk England pada minit ke-77.
Gol awal Itali pada minit kedua oleh Riccardo Orsolini tidak dapat membantu negaranya mara lebih jauh.
Penentuan tempat ketiga dan final
Uruguay dijadualkan bertemu Itali pada 11 Jun untuk penentuan di tempat ke-3. Perlawanan tersebut akan dilangsungkan pada jam 2.30 petang waktu Malaysia.
Final pula antara Venezuela menentang England diadakan pada 6 petang waktu Malaysia.
Kedua-dua perlawanan diadakan di Suwon.
Pembaca semuanyaBOLA, boleh kami tahu ramalan anda untuk juara sehingga ke tempat ke-4? Komen ramalan anda!