Pada beberapa minggu lalu Velizar Popov berbalas tweet dengan Jonathan McKain isu gaji mereka yang belum selesai.
Ianya respon yang agak mengejutkan ramai pihak. Ini kerana ramai yang ingat Popov bukanlah salah seorang mangsa masalah tunggakan gaji.
Mana tidaknya, sebelum musim berakhir, KAFA mengesahkan mereka menawarkan Popov kenaikan gaji dengan pakej lumayan.
Namun Popov terpaksa menolak kerana masalah keluarga. Jika KAFA sanggup menawarkan gaji lebih besar bermakna mereka mampu membayar gaji lebih kecil sebelum ini.
Ini adalah petikan tweet di antara McKain dan Popov selepas mereka membaca kenyataan Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor sebelum itu.
Terbaru, Velizar Popov telah meluahkan kekecewaan dan marah beliau ke atas pengurusan KAFA selepas gaji 2 bulan terakhir beliau masih belum dibayar.
Di dalam laman instagram beliau, Velizar Popov yang juga bekas pengendali Kelantan dan pasukan kebangsaan Maldives ini kelihatan agak emosi dengan isu ini.
Beliau kelihatan tidak mahu ada individu yang cuba menjadikan isu ini sebagai bahan jenaka. Ia adalah isu serius.
Harap selesai segera!
Kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera. Ini kerana ia dikhuatiri akan memberikan impak kepada pengurusan bola sepak Kelantan.
Setiap pihak harus menghormati kontrak yang telah dipersetujui sama ada mereka pihak yang menawarkan ataupun pihak yang menerima.
Baca juga: Tan Sri Annuar Musa: “Orang Ketereh Bakal Ada Padang Sintetik”